Cara pakai minyak wangi gaya pengganas? Ya, ini panduan IS

Cara pakai minyak wangi gaya pengganas? Ya, ini panduan IS

 

Bagaimana memilih minyak wangi jika seseorang mahu bekerja dalam kumpulan pengganas Negara Islam (IS)?

Kumpulan yang berpangkalan di Syria itu menyediakan garis panduan membeli dan menggunakan minyak wangi, sebahagian taktik mengaburi pihak berkuasa.

“Jika anda mahu gunakan minyak wangi semasa melancong, jangan gunakan jenis berminyak dan bebas alkohol, seperti selalu digunakan orang Islam.

Cara pakai minyak wangi gaya pengganas? Ya, ini panduan IS

Cara pakai minyak wangi gaya pengganas? Ya, ini panduan IS

“Gunakan minyak wangi biasa beralkohol seperti orang lain pakai, dan jika anda seorang lelaki, guna minyak wangi lelaki,” garis panduan itu dipetik portal Mail Online semalam.

Manual untuk penyerang IS itu bertajuk “Safety and Security Guidelines for Lone Wolf Mujahideen and Small Cells” (Garis panduan untuk mujahidin yang sendirian dan kumpulan kecil), memaparkan imej bangunan di New York terbakar pada kulit muka depan.

Buku itu juga mengajar cara-cara bergaul dengan masyarakat setempat dan menasihati bakal penyerang IS agar “jangan kelihatan seperti seorang Muslim”.

Sebaliknya hendaklah mencukur janggut, memakai baju ala Barat dan mengelakkan diri daripada terlalu kerap berkunjung ke masjid, lapor portal itu lagi.

“Perlu selalu kelihatan seperti kebanyakan pelancong atau pengembara biasa.

“Memakai baju kuning atau merah dengan seluar hitam akan menyebabkan diri anda mudah dikenal pasti.

“Tidak perlu pakai baju baru, kerana itu juga akan menyebabkan anda disyaki. Ada saudara kita yang suka membeli pakaian baru [apabila berada di negara orang], dari atas sampai bawah termasuk kasut, tetapi cara ini akan menyebabkan orang lain mudah tertarik,” buku itu dipetik.

Buku setebal 64 muka surat itu juga menyenaraikan garis panduan bagaimana mahu “memberi kejutan kepada musuh” dengan mengelakkan diri daripada kawalan ketat pihak berkuasa.

Malah ia juga mencadangkan senarai perisian penyulitan yang boleh digunakan untuk menyembunyikan kandungan emel dan panggilan telefon bimbit.

Memiliki 12 bab, buku itu pada mulanya diterbitkan oleh kumpulan militan al-Qaeda.

Edisi yang beredar sekarang dikemaskini oleh pengganas IS, termasuk mendedahkan cara-cara melayari Internet tanpa dicam dan mengenal pasti jika pengintip pihak keselamatan cuba menyelinap masuk kumpulan bakal penyerang IS.

Sumber : Malay Mail

 

Post a Comment

Previous Post Next Post