CHE TA RANCANG BELI HARTANAH DI LONDON


Jika sebelum ini, Maya Karin terlibat di dalam jual beli hartanah di Eropah, kini pelakon dan juga usahawan wanita berjaya Che Ta turut merancang untuk membeli hartanah di London.

“Setakat ini saya masih meninjau beberapa pangsapuri yang bersesuaian dengan bajet. Kalau boleh saya tidak mahu pemilihan dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek perlu diambil kira termasuk potensi jangka panjang”

“Perancangan ini sudah lama difikirkan iaitu sejak setahun lalu memandangkan kami sekeluarga suka bercuti di sana. Daripada membayar sewa tinggi, lebih baik mencari aset yang boleh dimiliki dan disewakan,” jelasnya kepada BH Online.

Untuk itu, Che Ta menetapkan tempoh setahun lagi untuk merealisasikan impiannya mendapatkan unit kediaman tiga bilik di lokasi berpotensi seperti di kejiranan Knightsbridge, di sana. Semoga apa yang diimpikan oleh Che Ta menjadi kenyataan seterusnya membakar semangat insan lain untuk turut berjaya. (SUMBER ROTIKAYA)

Post a Comment

Previous Post Next Post