Harga minyak mentah terus jatuh ke paras terendah

Harga minyak mentah jatuh hari ini menuju ke arah paras terendah 12 tahun berikutan kebimbangan berterusan mengenai lebihan bekalan dan tinjauan permintaan.

Kontrak hadapan minyak mentah jatuh ke paras rendahnya sejak 2003 minggu ini kerana pelabur bimbang bahawa lebihan minyak mentah berserta permintaan yang perlahan adalah susulan kelemahan ekonomi, khususnya China. Kontrak penanda aras antarabangsa, Brent jatuh 43 sen kepada AS$27.45 setong pada 0913 GMT.

Harga minyak mentah terus jatuh ke paras terendah

Harga minyak mentah terus jatuh ke paras terendah

Brent jatuh 26 peratus setakat ini pada Januari, berada di landasan kukuh untuk mencatatkan kejatuhan bulanan terbesar sejak 2008. Kontrak hadapan minyak mentah semasa Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada paras AS$28.09 setong, jatuh 26 sen berbanding penutup sebelumnya.

Sentimen pasaran secara meluas kekal lemah kerana pengeluar seluruh dunia mengeluarkan satu juta hingga dua juta tong minyak mentah sehari yang mana melebihi permintaan, sekali gus mewujudkan lambakan di peringkat penyimpanan minyak.

Iran kembali semula ke pasaran minyak bulan ini menambahkan lagi lebihan bekalan, selepas penarikan semula sekatan antarabangsa.

“Terdapat kebimbangan terhadap permintaan dan lebihan bekalan,” kata Pakar Ekonomi Tenaga Kanan ABN Amro yang berpangkalan di Amsterdam, Hans van Cleef. Beliau berkata, permintaan lemah di Asia Barat, terjejas dengan kelemahan harga minyak, yang mana menambahkan lagi penjualan besar-besaran dan tidak ada banyak benda yang boleh menghentikan harga minyak jatuh ke paras AS$20 setong. – Reuters-

Sumber : BH

Post a Comment

Previous Post Next Post