Iklan Kecantikan Thai Dikecam Kerana Mendakwa Kulit Putih Kunci Kejayaan

Sebuah iklan kecantikan Thailand yang mendakwa kulit putih adalah kunci kepada kejayaan telah mengundang kemarahan di kalangan rakyat Thailand.
Sebuah syarikat kecantikan Thailand, Seoul Secret baru-baru ini melancarkan sebuah iklan bagi mempromosi salah satu produk kecantikan mereka, Snow.
Iklan ini dibintangi pelakon terkenal Thailand, Cris Horwang yang berusia 35 tahun.
Walaupun produk pemutih kulit popular di negara-negara Asia dan Afrika, iklan komersial ini mengundang kemarahan orang ramai kerana memaparkan perbezaan di antara dua wanita iaitu yang berkulit putih dan berkulit hitam.
"Dengan hanya kulit putih, anda akan menang," kata Cris Horwang, wanita yang berkulit putih dan gebu.
Tanpa pil yang diiklankan, "kulit putih yang saya melabur akan hilang,” sambung pelakon berkenaan.
Dalam video berdurasi 50 saat itu, Horwang menjanjikan bahawa produk Snow itu akan membantu pengguna mengekalkan warna kulit yang putih dan gebu.
Susulan itu, rata-rata rakyat Thailand mengkrtitik iklan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai rasis dan diskriminasi di media sosial.
Perkara ini juga mendapat perhatian beberapa media antarabangsa.
Memetik laporan CNN, syarikat berkenaan kemudian mengeluarkan sebuah kenyataan pada malam Jumaat untuk mengumumkan bahawa iklan tersebut telah ditarik dari balik dari dipaparkan di YouTube.
“Kami ingin memohon maaf atas kesilapan tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini.
“Syarikat kami tidak mempunyai sebarang niat untuk menyampaikan mesej bersifat perkauman atau diskriminasi, " katanya.
"Apa yang kami mahu menyampaikan adalah penjagaan diri dari segi personaliti, penampilan, kemahiran, dan kerjaya adalah amat penting.”

Post a Comment

Previous Post Next Post