Isu Tajaan Perkahwinan, Stacy Perjelaskan Keadaan Sebenar!!


Pasangan merpati dua sejoli, penyanyi Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikah Stacy Anam akan berkahwin dengan Akim Ahmad tidak lama lagi.

Majlis perkahwinan mereka akan dilangsung pada bulan depan dan mereka sudah bertunang pada tahun lepas. Mengenai isu tajaan perkahwinan, Stacy menjelaskan bahawa dia dan Akim tidak pernah meminta tajaan dari sesiapa pun. Khabar angin yang mengatakan bahawa Stacy dan Akim meminta tajaan perkahwinan adalah tidak betul sama sekali.

Malah, Stacy berasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya terkilan apabila dimaklumkan oleh keluarga ada pihak mengambil kesempatan di saat kami sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan pada saat-saat akhir.”

“Pihak yang menyebarkan mesej meminta tajaan untuk perkahwinan kami itu bukan saja mendatangkan masalah kepada kami, malah mencalarkan maruah keluarga.”

Pihak yang tidak bertanggungjawab itu memperkenalkan diri sebagai Imelda mendakwa kononnya mewakili Jawatankuasa Penajaan Untuk Selebriti bagi majlis perkahwinan Stacy dan Akim yang akan diadakan di Penampang pada 6 Februari depan.


Dalam mesej yang disebar itu, kononnya untuk menaja perkahwinan Stacy dan Akim, jawatankuasa mereka memerlukan 1,000 cawan air mineral dan 1,000 kotak air yang berperisa teh bunga, teh limau dan buah kundur.

Malah, sesiapa yang sudi untuk menaja akan mendapat jemputan ke perkahwinan Stacy dan Akim selain nama penaja turut disebutkan dalam program khas perkahwinan Stacy dan Akim.

Disebabkan isu tersebut menjadi viral, Stacy memohon kepada orang yang tidak bertanggungjawab itu supaya berhenti menyebarkan mesej tersebut.

“Saya juga berharap orang ramai tidak tertipu dengan penyebaran mesej meminta tajaan itu.”
Akim Cover
Apapun yang terjadi, semoga Stacy tabah hadapi dugaan yang mendatang ini. Biasalah orang kalau nak untung banyak selalu ambil kesempatan sebegini. Semoga orang yang tidak bertanggungjawab itu berhenti dari melakukan perkara yang memalukan ini. - SUMBER GOSIPMALAYSIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post