Pihak berkuasa tak percaya mahasiswa kelaparan, selebriti dan pengguna Twitter buktikan mereka pernah susah masa belajar dulu

Isu penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdepan tekanan ekonomi kebelakangan ini menjadi bualan hangat, terutamanya selepas beberapa laporan media mendedahkan kes pelajar mengikat perut.

Namun begitu, isu tersebut ditepis beberapa universiti yang menafikan kes para pelajar kebuluran, termasuklah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan juga Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Awam.

Pihak berkuasa tak percaya mahasiswa kelaparan, selebriti dan pengguna Twitter buktikan mereka pernah susah masa belajar dulu

Pihak berkuasa tak percaya mahasiswa kelaparan, selebriti dan pengguna Twitter buktikan mereka pernah susah masa belajar dulu

Sebagai respons, beberapa pengguna Twitter yang kini sudah bekerja telah berkongsi pengalaman mereka menempuhi cabaran zaman pengajian di IPT dengan hashtag #mahasiswalapar, dan kebanyakannya mengakui terpaksa mengambil kerja sambilan untuk menyara hidup.

Antaranya mereka termasuklah pengacara, pelakon dan model kelahiran Sabah, Daphne Iking, yang mendedahkan beliau terpaksa melakukan tiga kerja; penari kabaret, mengajar tuisyen separuh masa, dan jurujual semata-mata untuk menampung hidupnya sebagai pelajar, bayaran sewa rumah dan makanan.

Bekas personaliti TV3 itu memiliki Ijazah Sarjana Komunikasi dan Ijazah Sarjana Muda Penyiaran (Filem, TV dan Radio) daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

dan usahawan Shawn Tan juga pernah melakukan tiga kerja sambilan semasa menjadi pelajar ijazah kedoktoran, mendakwa beliau pastinya kebuluran jika tiada kerja sampingan.

Pemilik akaun @sybreon itu turut mempelawa mahasiswa membuat kerja-kerja pentadbiran separuh masa di syarikat kejuruteaannya, Aeste Works Sdn Bhd, jika mereka kesempitan wang.

Selain itu, pembikin filem bebas Muzzamer Rahman, juga mempelawa mana-mana pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk datang makan ke rumahnya di Shah Alam.

Katanya yang berpengalaman hidup di kampus, melihat mahasiswa yang kelaparan bukanlah isu yang dijadikan bahan ketawa.

Berikut merupakan beberapa lagi pengalaman, nasihat dan komen pengguna Twitter kepada mahasiswa yang kesempitan wang akibat kenaikan kos sara hidup:

Sumber : Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post