TAHNIAH! Liyana Jasmay, Suami Selamat Timang Anak Kedua


Pelakon Liyana Jasmay selamat melahirkan cahaya mata kedua, di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Menerusi akaun Instagram miliknya, aktres kecil molek itu memuat naik gambar dengan hashtag #pantangfood sekaligus mengesahkn bahawa dia sudahpun selamat melahirkan.

liyana jasmeyyyy
Sumber: Instagram Liyana Jasmay
Biarpun tanpa sebarang pengumuman rasmi berkenaan kelahiran bayi baik daripada Liyana mahupun suaminya Fathudin Mazlan, rata-rata peminat sudah pun mengucapkan ucapan tahniah menerusi komen pada gambar tersebut.

Liyana yang sempat melangsungkan majlis baby shower menjelang kelahiran anak keduanya, telah dikurniakan cahaya mata pertama bernama Sofia Arissa.

Mynewshub mengucapkan tahniah kepada Liyana dan suami atas kelahiran pengikat kasih mereka ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post