Video: Pemandu Bas Samseng Pukul Penumpang

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

SEBUAH rakaman video berdurasi 1 minit 3 saat memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pemandu bas ekspres memukul seorang penumpang tersebar di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku sewaktu mangsa bersama rakan-rakannya dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang bagi menyambut festival Thaipusam baru-baru ini.

Menerusi visual rakaman, kelihatan pemandu bas berusia 40an menuju ke arah mangsa lalu menyepak mangsa berkali-kali menggunakan selipar di bahagian kepala.


“Jangan campur ah, lu orang jangan ganggu saya ah… tak puas hati cakap sama saya ah, itu saya punya tempat tidur tau.

“Saya hantam betul-betul lu tau ah? Tada otak ka tempat tidur saya mau masuk?” kata pemandu bas berkenaan.

Lelaki berkenaan didakwa bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan penumpang tersebut yang tidur di tempat tidurnya sewaktu dalam perjalanan.

Rata-rata netizen menempelak sikap pemandu bas berkenaan kerana tindakannya itu disifatkan sebagai keterlaluan. Apa pun harap pihak polis dapat menyiasat kes ini.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post