Wang Menang Juara Parodi Diagihkan - Kobis Pedas

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Buat penonton setia program Juara Parodi, pasti sudah mengetahui kumpulan Kobis Pedas telah menjadi pemenang untuk program itu.. Ahli kumpulan Kobis Pedas terdiri dari Misha Omar, arwah Pak Yus, dan Tauke.. Pada hujung November lalu kita dikejutkan dengan berita kematian arwah Pak Yus.

Sewaktu masih hidup, arwah Pak Yus sempat berjuang bersama ahli kumpulannya selama empat minggu terawal dalam program itu.. Sewaktu mereka diumumkan sebagai pemenang, Misha dan Tauke telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300,000 serta wang RM25,000 untuk kategori pilihan SMS.

Ditambah tolak semua jumlah wang dimiliki mereka adalah hampir RM325,000.. Pastinya itu merupakan sejumlah wang yang sangat besar.. Ada pihak tertanya-tanya, adakah wang yang dimenangi Kobis Pedas ada bahagian untuk arwah Pak Yus.


Menurut Tauke, walaupun Pak Yus telah tiada, bahagian untuk Pak Yus tetap ada.. Memang mereka bahagikan duit itu dengan Pak Yus.. Misha dan Tauke akan uruskan bahagian duit Pak Yus untuk disumbangkan pada badan-badan kebajikan.

Duit itu tak akan digunakan, tapi diberi pada badan-badan kebajikan.. Kiranya, duit yang disedekahkan bagi pihak Pak Yus.. Alhamdulillah, walaupun arwah telah tiada.. Masih ada rakan-rakan arwah yang sentiasa mengingati dirinya.

Gembira kami dengar bila Tauke dan Misha mahu sedekahkan bahagian duit Pak Yus pada badan-badan kebajikan.. Semoga roh Pak Yus dicucuri rahmat, tenanglah disana.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post