Zarina Anjoulie Kini Hamil Anak Sulung


Tahniah diucapkan kepada pelakon Zarina Anjoulie kerana kini telah hamil anak pertama bersama suaminya. Perkara tersebut dikongsikan bersama peminatnya di laman Instagramnya baru-baru ini.

7- Zarina Anjoulie Kini Hamil Anak Pertama - ROTIKAYA
Perkara tersebut mendapat reaksi positif daripada peminatnya yang turut mendoakan agar segalanya akan berjalan lancar buat pelakon ini. Zarina sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dan menetap di Brunei bersama suaminya.


Setelah selesai mengenai kes dadahnya di mahkamah tahun lalu, Zarina pernah menyatakan mahu memulakan hidup baru bersama keluarganya ini selain berazam untuk berubah dan menjadi seorang isteri serta muslim yang lebih baik.

Semoga segala persiapan dan juga perancangan akan dipermudahkan buat keluarga ini dan semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat. (SUMBER ROTIKAYA)

Zarina Anjoulie Kini Hamil Anak Pertama

Post a Comment

Previous Post Next Post