5 Cara Diet Mudah Tanpa Makan Nasi, Tapi Tak Rasa Lapar!

Selalunya bila nak kuruskan badan je cara paling berkesan ialah dengan lakukan diet tanpa makan nasi.
Ya, memang berkesan dan ramai yang berjaya menurunkan berat badan dengan cara mengelakkan makanan ruji ini.

Nasi…

anigif_enhanced-4971-1435318928-7
Tapi, ramai yang tak sanggup lakukan sebab akan kelaparan jika tak makan nasi.
Sebenarnya ada cara atau strategi mudah yang anda boleh lakukan untuk elakkan dari makan nasi.

1.  Sarapan

1
Ambil satu mangkuk bijirin gandum dan segelas susu rendah lemak atau sandwic bersama daun salad dan tomato tanpa sos. Pastikan anda makan roti whole grain.

2. Jam 10 Pagi

2
Sediakan sebiji buah epal untuk alas perut sebelum tengah hari. Lagi pun sangat disarankan untuk ambil buah sebelum makan.

3.  Makan Tengah Hari

3
Menu makanan bebas seperti ayam bakar, tauhu, sayuran tapi  TANPA nasi. Sebagai pengganti sumber karbohidrat, anda boleh ambil setengah  biji kentang rebus.

4. Petang

Nut mix in glass bowls
Bila waktu petang je, mulalah teringin nak mengunyah kudap-kudapan. Boleh je, tapi ambil kacang atau pun kismis yang mana kudapan ini rendah kalorinya. Jangan makan secara berlebihan.

5.  Makan Malam

5
Ambil buah-buahan seperti pisang, epal atau pear.  Boleh juga oat bersama susu yang buatkan rasa lebih kenyang. Elak tidur lewat kerana ramai yang terjebak makan kerana berasa lapar di tengah malam.

Selamat mencuba dan semoga berjaya kuruskan badan. Jangan hangat-hangat tahi ayam je!

Post a Comment

Previous Post Next Post