Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan nasihat Peguam Negara jangan takut, kan PM tak salah

Tiada yang perlu ditakuti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan memberikan kerjasama penuh kepada rakan sejawatnya dari Switzerland dalam siasatan dana 1MDB, kata bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kata Khairuddin hal itu demikian kerana Mohamed Apandi sudah pun menyatakan Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu derma RM2.6 bilion erta wang syarikat SRC International bernilai RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendirian perdana menteri.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan nasihat Peguam Negara jangan takut, kan PM tak salah

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan nasihat Peguam Negara jangan takut, kan PM tak salah

“Kalau Tan Sri Apandi dah kata Datuk Seri Najib tak bersalah, berilah kerjasama tanpa melindungi apa-apa fakta kepada Pejabat Peguam Negara di Switzerland,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini Peguam Negara Switzerland Michael Laubner menyatakan negara itu meminta kerjasama Malaysia dalam siasatan berhubung tuduhan rasuah membabitkan pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah membabitkan 1MDB.

‘Penyelewengan’ yang disyaki itu dilaporkan bernilai kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion).

Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang kini berdepan tuduhan cuba melakukan khianat terhadap ekonomi negara selepas beliau membuat aduan kepada beberapa pihak berkuasa asing mengenai 1MDB.

Khairuddin juga membuat aduan mengenai 1MDB di Zurich yang dipercayai mendorong pihak berkuasa Switzerland memulakan siasatan berkaitan.

Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

Previous Post Next Post