Gadis Cantik Yang Dulunya Artis KPOP Kini Jadi Muslimah

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Siapakah gadis cantik ini yang sudah pasti berjaya menarik pehatian ramai lelaki diluar sana bahkan perhatian golongan wanita juga melihat kesopanan gadis ini bertudung.

Gadis yang bernama Ayana Moon berumur 20 tahun ini bukanlah sengaja mengenakan tudung untuk menarik pehatian orang ramai, sebaliknya dia memang seorang muaalaf yang kini sedang mendalami Agama Islam di mana dia dikatakan telah memilih Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk melanjutkan pengajian disamping mendalami ilmu agama.


Kelibat gadis ini telah disedari pertangahan tahun lalu di mana namanya telah "Meletop" dikalangan netizen di Indonesia dah Thailand di mana di laman Instagramnya bernama xolovelyayana kini telah diikuti oleh 112 ribu orang.

Ayana yang berasal dari Seoul ini dahulunya dikatakan merupakan seorang anggota kumpulan K-Pop dan beliau telah meninggalkan kumpulan berkenaan selepas memeluk Islam ketika di sekolah menengah.

Walaupun Islam merupakan agama yang amat kecil di Korea Selatan iaitu hanya 1%, bagi Ayana dia merupakan insan yang bertuah dan terpilih untuk bergelar seorang bergama Islam. Di dalam keluarganya, hanya dia seorang yang memeluk Islam.

Raut wajahnya yang manis seperti pelakon Korea, disulam dengan keindahan hijab yang dipakainya membuatkan rasa sejuk mata memandangnya.

Memetik laporan Merdeka.com, pabila ditanya penerimaan orang Korea tehadapnya yang merupakan seorang Muslim, Ayana memberitahu penduduk Korea tidak kisah dan tidak membencinya walaupun ada segelintir yang tidak suka tetapi tidaklah sampau menghina atau menyerangnya.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post