Peminat Hencap Scha Al-Yahya Ubah Gambar Lara Alana Jadi Anjing

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

URBAN katanya... Orang sekarang kan open minded. Setakat edit muka anak jadi anjing maybe bagi sesetengah orang sangat comel & tak ada apa nak sensitif sangat tapi kita sedia maklum masyarakat Melayu beragama Islam Kat Malaysia ni memang agak sensitif dengan haiwan bernama anjing ni.


Aku tertengok satu video.. hurmm video sangat la mungkin gambar bergerak Lara Alana yang scha al yahya upload. Gambar tu dah di edit jadi muka anjing yang terjelir lidah. Rupa ada macam anjing bulldog. 

Mungkin dia tak sengaja kot.. Dia ingat benda tu nampak comel & kelakar je. Maybe dia sendiri pun tak jangka ada peminat yang kurang senang dengan editing macam tu.

Bagi pandangan peribadi aku la.. Kalau anak aku tak tergamak nak menganjing sampai macam tu walau bukan bukan manusia yang anti anjing ke hapa. Tapi dah anak dia.. Kang tegur lebih2 laki dia masuk campur dah jadi isu pulak.

Almaklum la bapak lara alana ni sensitif sikit kalau orang cakap pasal anak bini dia. Biasa la suami memang kena sentiasa pertahankan isteri & anak kan.

Lagipun depa dah warning dari Lara Baby lagi.. Depa tau nak besarkan anak depa sendiri macam mana. Tak payah nak ajar2.


Jadi peminat sekalian tak payah menyibuk sangat la dia nak menganjingkan anak dia. Kalau tak boleh bagi komen yang memuji better jangan komen katanya. Kang tak pepasal masuk melodi pulak. Kita pun jadi muak dengan kontroversi melibatkan anak depa yang tak tau apa2 tu.

Kesian pulak aku dengan budak lara ni. Kecik sangat tapi dah macam2 kontroversi melibatkan dia. Nak buat macam mana mak bapak dia pun nak retiskan anak dia kan.. hehehe

Buat apa nak edit² gambar anak jadi muka haiwan sangat kan.. Kau selfie dengan anak kau macam retis korea ni pun rasanya dah cukup hot..

Kalau dah nama retis tu.. nak² lagi popular macam lara Alana & mak bapak dia, upload muka tak siap pun tetap ramai yang like. hehehe

Moral of the story... Zaman sekarang buat apa pun kena fikir juta kali sebab terlampau banyak mata yang memerhati. Nak2 lagi kalau retis..


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post