PESAKIT MENGAMUK JADIKAN JURURAWAT SEBAGAI TEBUSAN, ORANG AWAM TAK MEMBANTU CUMA TANGKAP GAMBAR


China – Seorang jururawat di sebuah hospital di sini merayu meminta pertolongan selepas seorang pesakit bersenjatakan pisau mengamuk dan menjadikannya sebagai tebusan.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, lelaki berkenaan yang menerima rawatan tiba-tiba merangkul jururawat itu dan terus meletakkan pisau di leher mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan menangis dan merayu orang ramai supaya membantunya.
Malangnya, orang ramai yang berada di hospital itu langsung tidak cuba membantu sebaliknya mereka segera mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam gambar serta video kejadian berkenaan.

Lebih menyedihkan, jururawat itu dijadikan tebusan selama beberapa minit dan tiada siapa yang menghubungi polis.

Post a Comment

Previous Post Next Post