TUBUH LELAKI YANG MEMBUATKAN WANITA 'CAIR'


Jangan anda ingat hanya lelaki yang gemar melihat tubuh wanita. Kaum wanita juga begitu juga. Terdapat beberapa bahagian pada tubuh lelaki yang menjadi perhatian dan dambaan wanita.

Kepada kaum lelaki, pastikan bahagian tubuh anda ini, diambil berat dan dijaga dengan rapi. Yang penting, disiplin bagi mendapatkan tubuh yang sihat dan juga seksi. Pasti si dia cair melihat anda. Tiga bahagian tubuh yang meruntun hati wanita, menurut portal Maskulin ialah:

1. Dada lelaki yang bidang merupakan impian bagi sebahagian besar wanita. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan wanita teruja melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik kemeja. Ada juga wanita yang mudah terangsang dengan bentuk dada sasa juga berbulu.

2. Ramai wanita mendambakan pasangan yang mempunyai perut berotot juga kekar. Ini kerana ia diklasifikasikan sebagai lambang keperkasaan seorang jejaka. Tidak hairan, sewaktu menjalani hubungan intim, wanita mudah ghairah tatkala menyentuh perut berotot pasangannya.

3. Wanita sangat gemar berpaut pada lengan pasangannya, maka tidak pelik ia dikatakan sebagai titik seksi igauan wanita. Lengan jejaka yang berotot juga membuatkan wanita rasa yakin dan selamat untuk berada di sisi mereka.

- CARI Infonet

Post a Comment

Previous Post Next Post