Hilang Ingatan Lepas Dibedah, Gara-Gara Strok Haba

CUACA panas melebihi tahap biasa sekarang, membuatkan satu pos di Facebook kini giat dikongsikan.


Ianya tentang luahan hati seorang isteri yang sedih apabila suaminya terpaksa jalani pembedahan di kepala seterusnya alami hilang ingatan dipercayai kerana strok haba.
12512256_1072486126143352_8380502854174387226_n
12494918_1072486142810017_2375340515928197750_n
Pengguna Facebook Effa Adnan dalam komennya di laman sosial itu berkata, suaminya yang bekerja di bawah terik matahari namun kurang minum air dalam cuaca panas, mengalami tekanan darah tinggi hingga terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Dungun.
943843_992800814101382_6227793456314114610_n
Pemeriksaan di Facebook mendapati, kejadian ini berlaku pada 6 Mac lalu.
Semoga suami Effa kini sudah sihat seperti sedia kala.
Pada masa sama, diharapkan semua pihak tidak mengambil mudah mudarat daripada cuaca panas yang sedang melanda sekarang.
Minumlah air secukupnya dan elakkan berada di luar rumah atau bangunan jika tiada urusan mustahak memerlukan anda berbuat demikian. – SUMBER MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post