Munafik Raih RM15.4 Juta Dalam Masa 3 Minggu

Dalam tempoh 21 hari filem seram Munafik ditayangkan kini sudah pun mencatatkan rekod kutipan sebanyak RM15.4 juta.

Selaku penerbit filem, Datuk Yusof Haslam menjelaskan, dengan sambutan yang diterima daripada penonton amat menggalakkan. Beberapa buah panggung wayang telah ditambah daripada 90 dan kini menjadi 120 pawagam.

Baca: ELEMEN ISLAMIK FILEM MUNAFIK UNTUNG RM2.3 JUTA

Ini kerana, termasuklah daripada permintaan beberapa buah pawagam di Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Yusof memberitahu, hasil kutipan daripada Singapura dan Brunei menjadikan kutipan keseluruhan sebanyak RM15.4 juta dalam tempoh 21 hari tayangan.

Filem Munafik yang disambut baik daripada semua penonton ini membariskan pelakon terkenal tanah air antaranya seperti, Fizz Fairuz, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Syamsul sendiri.

#sumber Sinar Harian

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post