Pendedahan Pengunjung, Lif Setia City Mall Boleh Membunuh

“Kami Mungkin Boleh Mati Dalam Lif Setia City Mall” | Saya pergi ke Setia City Mall bersama dengan kakak saya, Sarah Sarwina dan Ayden, anak saya yang berusia lima bulan. 

Kami makan tengah di sebuah restoran, jalan-jalan cuci mata sebelum balik ke rumah. Dengan stroller Ayden yang besar gedabak, kami memilih untuk menggunakan lif untuk pergi ke tingkat bawah P1, kerana ia lebih selamat. 

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Izzati Amanina.

Pendedahan Pengunjung, Lif Setia City Mall Boleh Membunuh

Sebaik saja kami memasuki lif, pintunya tutup dengan pelahan-lahan dan tiba-tiba pintu lif tertutup dengan kuat. "Bang!!" 

Bunyi itu membuatkan kami terus panik! Lif jatuh ke bawah dengan pantas ke tingkat bawah sebelum naik ke atas semula dan kemudian jatuh ke bawah lagi. 

Kami hanya berdoa saja pada ketika itu dan menekan butang bantuan. Malangnya tiada sebarang butang intercom. 

Ketika itu saat yang menakutkan itu juga, tiada sebarang bantuan yang datang. Bila lif sampai ke tingkat bawah, pintu lif terbuka. Kami masih panik dan tidka pasti sama ada hendak lari keluar atau terus berada di dalam lif. Kami bimbang, jika kami keluar, pintu lif itu akan tutup secara mengejut seperti sebelum ini. 

Ada seorang lelaki berdiri di depan lif, terus kami menjerit padanya yang lif ini rosak dan serta merta kami berlari keluar secepat mungkin dari lif yang jahat itu. 

Di dalam kepala, tiada lagi memikirkan hal shopping dan lain-lain. Kami masih diselubungi rasa takut yang maksimum, bimbang dengan keselamatan Ayden dan diri kami. Ia boleh menjadi lebih teruk. 

Saya pergi melaporkan kejadian itu kepada pihak Setia City Mall. Seorang kakitangan wanita hanya memberikan kami sekeping borang aduan untuk diisi. Tiada sebarang tawaran bantuan selepas kami mengalami kejadian yang menakutkan itu di pusat beli belah mereka. 

“Kami Mungkin Boleh Mati Dalam Lif Setia City Mall”

"Nanti kami akan e-mel puan semula," katanya semudah itu sahaja? 

Kami mungkin boleh mati dalam lif itu dan Ayden benar-benar terkejut dengan apa yang berlaku meskipun masih berusia 5 bulan! 

Kakitangan wanita itu juga pernah memberitahu kami bahawa perkara seperti itu pernah berlaku sebelum ini. Apa-apa pun, saya tidak akan kembali ke Setia City Mall lagi. Lebih malang lagi, pihak pengurusan pusat beli belah ini bersikap sambil lewa dan tidak mengambil serius akan kejadian yang menimpa pengunjungnya meskipun ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. 

Anak kecil saya pula trauma dengan kejadian itu dan demam. Kami bawa ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan. Masih juga tiada sebarang maklumbalas dari pihak Setia City Mall mahupun sebarang permohonan maaf. Terima kasih Setia City Mall.

Post a Comment

Previous Post Next Post