Pengalaman semasa krisis perlembagaan tahun 1992

“Saya Masih Ingat Mata Ayah Saya Lebam Selepas Pulang Dari Istana” | Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana ayah saya, Douglas Gomez, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah dibawa ke istana. 

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Brian Gomez.

Pengalaman semasa krisis perlembagaan tahun 1992

Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah. Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu. 

Kesalahan ayah saya? Membawa pasukan hoki sekolahnya ke Kuala Lumpur untuk bertanding di Juara Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan. Keberanian dia bersuara berikutan kejadian di mana polis memasuki padang ketika para pemainnya sedang warm up dan mengiringi mereka keluar atas 'arahan pihak tertentu'. 

Saya masih ingat bagaimana di bulan-bulan berikutan insiden itu, ayah saya menjadi bahan percaturan antara mereka yang dilantik ke kuasa dan mereka yang dilahirkan ke atas kuasa. Tetapi ingatan saya yang paling ketara ialah peti surat rumah saya yang menerima ratusan surat dari semua lapisan rakyat Malaysia, dari orang yang kami tidak kenali yang merakamkan sokongan kepada ayah saya. 

Saya masih ingat, drebar-drebar teksi sekitar Johor Bahru yang untuk bertahun enggan menerima apa-apa bayaran tambang dari ayah saya. 

Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan. Dan saya menyedari pada masa itu, yang kuasa sebenar bukan milik Pihak Berkuasa. Kuasa sebenar wujud dalam naluri manusia yang dapat membezakan antara betul dan salah. Ianya wujud dalam keberanian, keyakinan diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada. 

Kuasa sebenar milik rakyat. Luaskan kuasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post