Rakaman Suara Komplot Jatuhkan Najib

Audio Rakaman Suara Komplot Jatuhkan Najib | PETALING JAYA, 17 Mac: Satu rakaman suara yang menjadi viral di media sosial mengesahkan kewujudan konspirasi untuk menjatuhkan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Rakaman audio yang menampilkan suara mirip bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dipercayai dirakam dalam satu majlis tertutup sebelum beliau digantung jawatan dalam Umno.

Pada awal video tersebut, terdapat montaj yang bertulis "9 September 2015. TSMY mengaku wujudnya KOMPLOT untuk menjatuhkan Najib lapor Siakapkeli.

Rakaman Suara Komplot Jatuhkan Najib

"TSMY mengaku bahawa Dana Khas Umno yang diuruskan oleh presiden ialah perkara biasa dari dulu lagi."

Menerusi audio itu, kedengaran suara yang mengaku sebagai "Muhyiddin Yassin" beberapa kali menyentuh tentang komplot menjatuhkan kerajaan.

"Mungkin setengah pihak meramalkan akan ada satu tindakan luar biasa daripada saya. Kalau mengikut sejarah, apa yang berlaku dalam Umno selepas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dipecat dan sebagainya.

"Tapi saya nak jelaskan i'm not Anwar Ibrahim. Saya Muhyiddin Yassin," katanya sambil kedengaran bunyi tepukan.

"Hingga bila ada soal isu komplot, ni Datuk Zahid ada sini...komplot untuk menjatuhkan kerajaan, saya tidak terlibat.

"Walaupun ada usaha dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya untuk bersama-sama, saya kata no, i'm not part of that exercise," katanya.

"Saya tidak terlibat dalam soal itu, saya tahu siapa yang terlibat, saya tahu apa yang mereka nak buat.

"Bukan kata nak menumbangkan kerajaan, nak menukar perdana menteri...itu pun saya tak terlibat dalam soal itu.

"Ini Datuk Timbalan Perdana Menteri mesti ada maklumat SB (cawangan khas) dan sebagainya. Saya tahulah...itu sistem kerajaan kita," kata suara dalam rakaman itu.

Selain dari isu komplot untuk jatuhkan Perdana Menteri, rakaman suara itu turut menyentuh mengenai kontroversi derma politik.

"Kalau Datuk Seri ingat, saya pun tak pernah soalkan, i never ask. Saya menjadi timbalan presiden tahun 2009 sampailah sekarang.

"Tapi tak pernah pun persoalkan tentang dana khas ini, kerana saya tahu sejak dulu pun bahawa dana khas ini adalah dana yang diuruskan oleh presiden sendiri," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post