12 GAMBAR - KISAH HIDUP ROSYAM NOR AKHIRNYA TERBONGKAR


Berapa ramaikah antara kita yang terpaksa berkongsi berus gigi satu keluarga? Atau pernahkah ibu kita terpaksa mengambil upah membasuh pakaian jiran demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang disayangi? 

Ikhlasnya, cerita sedih ini bukan rekaan tetapi satu realiti dalam kehidupan aktor Rosyam Nor satu ketika dahulu. Bermula sebagai budak setinggan, dia kini menjadi seorang jutawan apabila berjaya dalam bidang lakonan serta menerbitkan pelbagai drama bermutu. 

 



Malah Rosyam juga tidak percaya bangunan RTM yang satu ketika dahulu pernah dimasuki secara curi-curi untuk menonton Hiburan Minggu Ini, telah berjaya dimasukinya secara sah sebagai artis dan pengacara. 

Demikianlah antara suka duka kehidupan insan seni bernama Rosyam Nor yang akhirnya bukan rahsia lagi. Ia kini telah dibukukan dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh ibunya sendiri di Nexus, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. 

 

Buku berjudul 'Impian Jutawan Budak Setinggan' itu kini boleh didapati di kedai buku MPH, EMAG dan Hasani seluruh negara dengan harga RM24.90 senaskah atau anda boleh membeli secara terus daripada Suhan Publication dengan menghubungi Onny Mustaffa ditalian 01110558120. 

Untuk info, Suhan Publication juga akan berada di Pesta Buku Antarabangsa di MAEP, Serdang, Selangor pada 29 April hingga 9 Mei ini bagi mempromosikan produk mereka. 

Selain membeli buku di situ, pembeli juga berpeluang mendapatkan hadiah lumayan bernilai RM1,500 termasuk pakej umrah, percutian ke Bandung dan sebuah skuter. 

 



GAMBAR MAJLIS PELANCARAN
Klik gambar untuk size besar

 

 

 

 

 

 

 

 

 


MORE PHOTOS

Sumber - www.myartis.com

Post a Comment

Previous Post Next Post