Budak Dipatuk Ular Layak Dapat Pampasan RM20000 Daripada JKM

AKU sangat bersimpati terhadap kejadian yang menimpa adik Nuri yg dipatuk ular hingga meninggal dunia di Kota Bharu semalam. Apa yang aku nak bagitahu kat sini, sebenarnya ramai orang tidak tahu mangsa/waris serangan binatang buas ini boleh memohon bantuan menerusi tabung khas yang dikenali sebagai Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Tulisan ini dipetik menerusi Facebook Syahril A. Kadir.

Budak Dipatuk Ular Layak Dapat Pampasan RM20,000 Daripada JKM

So far aku difahamkan kes paling banyak menerima bantuan adalah membabitkan serangan ular, buaya, babi hutan dan beruang. Liputan tabung itu juga dah diperluas kepada serangan haiwan akuatik seperti ikan pari dan obor-obor.

Kadar bantuan berdasarkan kepada tahap kecederaan yang dialami mangsa dengan kadar maksimum RM20,000 bagi mangsa yang meninggal dunia, koma atau hilang upaya kekal. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

Nuri Nadirah Ruslan Layak Dapat Pampasan RM20,000 Daripada JKM

Tabung yang diluluskan Kabinet pada 2004 itu diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertanggungjawab menyediakan laporan terperinci kes untuk dijadikan asas permohonan bantuan.

Antara binatang yang melayakkan mangsa menerima bantuan ialah gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa dan primat (beruk, kera, siamang, ungka, lotong dan kongkang).

So aku dah bagitau ni tolong-tolonglah SEBARKAN. Betul, wang tak boleh ganti nyawa tapi at least boleh ringankan beban keluarga mangsa. Jadi kalau anda atau ahli keluarga anda kena serangan sebegini, pergi terus pejabat JKM terdekat untuk mohon bantuan!

(Baca: Tulisan Terakhir Budak yang Meninggal Dunia Dipatuk Ular)

Post a Comment

Previous Post Next Post