IQ Melebihi Stephen Hawking, Kanak-kanak Kelahiran Malaysia Dinobat Budak Tercerdik di Australia

Australia - Seorang kanak-kanak kelahiran Malaysia di Australia dinobatkan sebagai kanak-kanak tercerdik oleh pertubuhan bijak pandai, MENSA.

Sharvin Jeyendran dari Butler mempunyai skor IQ 168, lapan mata lebih tinggi dari Stephen Hawking, lapor Nine News Perth.

Dengan skor IQ tersebut, Sharvin kini menempatkan dirinya dalam kalangan 2 peratus teratas golongan cerdik pandai dalam dunia.

IQ Melebihi Stephen Hawking, Kanak-kanak Kelahiran Malaysia Dinobat Budak Tercerdik di Australia
Sharvin memilik skor IQ 8 mata lebih dari Stephen Hawking

Ibu kepada pelajar di kolej The Sacred Heart College itu, Deva Jeyendran berkata dia mengetahui tentang keistimewaan itu apabila anaknya mula boleh bercakap berpatah-patah perkataaan ketika berusia 9 bulan.

"Dia mula bercakap seperti kanak-kanak normal, seperti mana seorang kanak-kanak dua atau tiga tahun boleh bercakap dengan ayat dan tatabahasa yang betul", katanya.

Pelajar berusia 14 tahun itu juga mempunyai cita-cita yang tinggi untuk masa depannya.

"Bila saya dewasa saya mahu menjadi saintis biologi, Saya mahu cuba mencari penawar untuk kanser.

"Saya juga mahu menjadi ahli biologi marin untuk mengembara lautan dan mempunyai badan kebajikan sendiri untuk orang miskin di dunia ini", kataya sebagaimana lapor Dailymail.

Post a Comment

Previous Post Next Post