Redza Minhat Sindir Hafiz Hamidun Terbit Buku Penuh Selfie?


PELAKON Redza Minhat baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di laman Twitter seolah-olah memerli seseorang yang boleh menerbitkan buku dengan hanya memaparkan gambar selfie beserta beberapa baris kata-kata hikmah semata-mata.


Menulis, “Tempek selfie dengan caption pun boleh print jadi buku ke? Bestnya”.

redza
Mungkinkah Redza menujukan twit itu kepada selebriti Hafiz Hamidun yang juga dikhabarkan baharu sahaja melancarkan buku berjudul Cerita Hati Hafiz Hamidun yang mengandungi pelbagai koleksi gambarnya selain kata-kata motivasi buat penggemar setianya.
Zaman sekarang tidak dinafikan, banyak penjualan buku-buku jenis sastera baharu yang menampilkan hanya beberapa patah puisi yang kemudiannya dijual oleh syarikat penerbitan buku indie yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda.
hafiz
hafiz1
hafiz2
Mungkin jenis penulisan sebegini menjadi minat dan kegilaan dalam kalangan remaja masa kini.
Mungkin selepas ini Redza boleh pula mengumpulkan koleksi status twittnya untuk dihasilkan menjadi sebuah buku pula selepas ini?
Mana tahu boleh jadi hits dan meletup sebab kadang-kadang pandangan yang diutarakan aktor ini juga ada bernasnya.
Bagi yang kurang mengenali Redza, dia merupakan pelakon filem Pisau Cukurbergandingan dengan dua aktres jelita, Nur Fazura dan Maya Karin suatu ketika dahulu.
Mempunyai pekerjaan tetap di sebuah institusi perbankan negara, Redza seorang yang aktif berinteraksi dengan pengikutnya di laman sosial Twitter. – MYNEWSHUB.CC
Sumber:  Forum Cari

Post a Comment

Previous Post Next Post