RUHAINIES, KLON NORA DANISH YANG MAKIN 'MELETUP'


Siapa sangka wajah yang seiras Nora Danish mampu membawa Ruhainies, menyusur lebih jauh ke alam glamor apabila dia tercalon sebagai calon akhir Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29. 

"Sudah lama sebenarnya persamaan ini diperkatakan orang. Malah, sejak di bangku sekolah lagi, ramai menganggap wajah saya macam Nora Danish. 

 



"Selepas memasuki dunia seni pun, perkara sama masih diperkatakan lagi. 

"Pujian itu bagaimanapun terlalu tinggi untuk saya. Nora sendiri ialah idola saya sejak dulu. Nora sangat hebat dan sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seninya. 

 

"Langkah saya pula baru saja bermula dan masih banyak lagi pengalaman serta ilmu yang perlu dikutip di arena ini," ujarnya merendah diri. 

Untuk makluman, Ruhainies merupakan teraju utama 'Hello Mr Perfect' dan dia juga bakal muncul dalam drama terbaharu 'Bagaikan Kelip Kelip' disamping bakal menjalani penggambaran filem pertama berjudul 'Surf This Love'. 

 

 

 

 
Sumber: BH - Foto: Ruhainies IG

Post a Comment

Previous Post Next Post