14 termasuk empat gadis dicekup dalam parti liar “Dah kantoi dadah, nak temberang pula tak boleh buang air!”

14 termasuk empat gadis dicekup dalam parti liar “Dah kantoi dadah, nak temberang pula tak boleh buang air!”

 

Temberang tidak dapat membuang air kecil bagi mengelak dari dikesan mengambil dadah gagal apabila 14 termasuk empat gadis dicekup dalam keadaan ‘lalok’ selepas mengadakan parti liar di sebuah apartmen di Jalan Hamzah, di sini, hari ini.

Suspek berusia seawal 17 hingga 25 tahun itu ditahan dalam serbuan bersepadu oleh anggota serta pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), pada jam 10.30 pagi.

Serbuan turut disertai penguat kuasa dari Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan.

14 termasuk empat gadis dicekup dalam parti liar "Dah kantoi dadah, nak temberang pula tak boleh buang air!"

14 termasuk empat gadis dicekup dalam parti liar “Dah kantoi dadah, nak temberang pula tak boleh buang air!”

Pembantu Hal Ehwal Islam Jaheaik, Mat Jusoh Seman berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak MPKB-BRI berkait beberapa lelaki dan wanita bukan muhrim berada dalam sebuah bilik di tingkat 17 bangunan itu.

Katanya, setiba di lokasi, pihak penguat kuasa mengetuk pintu dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka.

“Pemeriksaan di bilik menjumpai 10 lelaki bersama empat wanita yang masih dalam keadaan khayal.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa pejabat Jaheaik untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (3) dan (4) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan kerana khalwat beramai-ramai,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Kelantan, Aman Mustapha berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap 10 lelaki dan empat wanita itu mendapati 12 daripada mereka positif menggunakan dadah jenis Amphetamine atau pil kuda.

“Tindakan susulan akan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah dan pihak kami juga akan menghubungi keluarga untuk urusan jaminan sebaik selesai mengambil keterangan,” katanya.

Difahamkan, parti liar dengan diiringi muzik kuat bagi meraikan hari lahir seorang rakan mereka di sebuah bilik di tingkat 17 bangunan itu diadakan bermula lewat malam semalam hingga ke pagi tadi.

Pun begitu, rakan mereka yang diraikan tersebut sudah meninggalkan apartmen sewa berkenaan lebih awal sebaik parti tamat.

Tetamu parti berkenaan masih berada di bilik terbabit kerana dikatakan terlalu ‘lalok’ hingga tidak mampu untuk memandu pulang.

Seorang gadis berusia 25 tahun yang menyertai parti tersebut memberitahu, dia mengikut rakannya ke parti itu bertujuan mahu berhibur dan mula berparti pada jam tiga pagi.

Wanita yang juga bekerja sebagai jurujual itu, bagaimanapun menafikan menggunakan bahan terlarang seperti dadah dan minuman keras.

“Saya hanya menghisap rokok sahaja, saya tidak mengambil dadah. Hari ini saya tidak bekerja jadi datang ke bilik ini untuk berhibur,” katanya.

Sumber : Sinar

Post a Comment

Previous Post Next Post