Anwar Ibrahim lebih tahu ‘hati perut’ Tun Mahathir

Anwar Ibrahim lebih tahu ‘hati perut’ Tun Mahathir

 

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengetahui sifat sebenar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Demikian reaksi Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika diminta mengulas soal kandungan surat lapan muka surat yang ditulis Anwar menyentuh soal kerjasama pembangkang dengan Tun Mahathir.

“Saya rasa Anwar Ibrahim jadi mangsa Tun Mahathir lama dulu, beliau tahu apa beliau cakapkan (dalam surat).

 

Anwar Ibrahim lebih tahu 'hati perut' Tun Mahathir

Anwar Ibrahim lebih tahu ‘hati perut’ Tun Mahathir

 

 

 

“Maksudnya, Anwar lebih mengetahui hati perut Tun Mahathir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat.

Sebelum ini, surat lapan muka surat bertulis tangan dipercayai dari Anwar itu yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PKR menyebut soal gerakan selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat.

Anwar memberi peringatan terhadap penglibatan pemimpin PKR dan Pakatan Harapan dengan Tun Mahathir dalam gerakan tersebut.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan Tun Mahathir yang melancarkan kempen menjatuhkan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai menunjukkan sifat sebenar pemimpin itu.

“Kita pernah hormat dia sebagai pemimpin negara. Sekarang, beliau mahu BN kalah dalam PRK. Ini menunjukkan ketidakikhlasannya yang sebenar,” katanya.

Sementara veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kandungan surat itu pandangan Anwar sendiri.

“Orang lain mungkin fikir lain,” katanya.

Susulan desakan Tun Mahathir agar memastikan BN kalah dalam dua PRK bulan depan, Tengku Razaleigh berkata Tun Mahathir suka membuat kejutan.

“Susah saya nak cakap kerana kamu tahulah Tun Mahathir suka buat kejutan dengan cadangan yg luar biasa.

“Saya sudah nak beri penilaian, pandangan,” katanya.

 

 

Sumber : Sinar

Post a Comment

Previous Post Next Post