Hanya kerana tidak hadir latihan perbarisan hari sukan, pelajar tingkatan 2 dibelasah pelajar tingkatan 5

Seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dibelasah seorang pelajar tingkatan lima hanya kerana tidak menghadiri latihan perbarisan hari sukan.

Pelajar dipukul senior akibat ponteng latihan perbarisan

Pelajar dipukul senior akibat ponteng latihan perbarisan

Remaja itu mendakwa kejadian berlaku pada Rabu lalu, di dewan sebuah sekolah di Beserah dekat sini, semasa pelajar tingkatan lima yang merupakan ketua perbarisan itu berjumpanya untuk bertanya ketidakhadiran pada sesi latihan itu.

Bapa remaja yang dipukul mendakwa anaknya terpaksa ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kerana mengalami sakit di bahagian leher dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan kerana pelajar tingkatan lima itu yang baharu selesai menduduki peperiksaan hari ini,” katanya.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Post a Comment

Previous Post Next Post