“Harap² Dalam Helikopter Tu Ada Najib Dan Zahid”

Insiden kemalangan helikopter yang melibatkan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Hajah Noriah Kasnon dan rombongannya petang semalam, pantas mendapat simpati sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya rakyat Sarawak yang sedang bersiap sedia untuk mengharungi detik getir Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 11.

Disaat ramai yang sedih dan menzahirkan ucapan simpati, namun ada di kalangan rakyat Malaysia yang memilih untuk menjadi biadab dan terlalu kurang ajar. Tanpa mempedulikan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat, ada diantaranya mengaitkan insiden ini dengan politik.

“Harap² Dalam Helikopter Tu Ada Najib Dan Zahid”

Malah ada diantaranya bertindak lebih biadab apabila mengaitkan kemalangan ini dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Tidak cukup dengan itu, ada yang mengharapkan beliau berada didalam pesawat berkenaan. Adakah ini rupanya generasi yang diharapkan untuk menjaga negara dimasa akan datang? Adakah ini cara didikan orang tua mereka sehingga melahirkan warga sebiadab begini?

Rakyat Malaysia Biadab Doakan Najib Razak Dan Zahid Hamidi Ada Dalam Helikopter yang Terhempas

Rakyat Malaysia Biadab Doakan Najib Razak Dan Zahid Hamidi Ada Dalam Helikopter yang Terhempas

Sepatutnya, semua pihak tidak patut menjadi pakar dalam segala bidang dan menjadi terlalu biadab dengan mengandaikan pelbagai perkara. Walaupun ianya cuma komen di laman sosial Facebook, namun tindakan tidak bertamadun sebegini tidak wajar dilakukan disaat negara masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka ini.

Semua pihak harus bertenang dan tahu membezakan diantara politik dan kemalangan. Usah menjadi warga yang biadab dan kurang ajar hanya kerana berlainan fahaman politik.

Apa yang pasti, kelahiran generasi biadab dan kurang ajar ini adalah hasil dari sebaran fitnah yang tidak terkawal sehingga membawa kepada kemusnahan akal dan kerosakan moral sebegini.

Rakyat Malaysia Biadab Doakan Najib Razak Dan Zahid Hamidi Ada Dalam Helikopter yang Terhempas

Rakyat Malaysia Biadab Doakan Najib Razak Dan Zahid Hamidi Ada Dalam Helikopter yang Terhempas

Post a Comment

Previous Post Next Post