Kisah Sebenar Gambar Kahwin Najwa Latif yang Tersebar

TIADA angin mahupun ribut, tiba-tiba tersebar di laman sosial mengatakan pelantun lagu Kosong sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki.

Namun apabila diselidik betul-betul, ternyata bukan tetapi pelanduk dua serupa. Wanita yang dikatakan iras dengan penyanyi ini telah tampil bahawa gambar yang tersebar itu adalah miliknya lapor Mynewshub.

Gambar Kahwin Najwa Latif Tersebar

“Excuse me, that is not Najwa Latif. Its me, and my name is Norreen,” tulis wanita itu.

Pengguna laman Twitter Norreen @twt_cinta, berkata, itu adalah foto kahwinnya beberapa tahun dahulu.

“Actually benda ni dah lama dah. My wed pic even jadi viral cuz they thought Najwa Latif yang kahwin but its not lol.”

Benarkah Najwa Latif Dah Kahwin?

Benarkah Najwa Latif Dah Kahwin?

Manakala ini pula komen salah seorang pengguna laman Twitter.

“Hahahahaha omg mati mati ingat Najwa Latif yang kahwin. rupa rupanya, orang lain muka sama omg,” tulis sophia @fatensophiaa.

Selain dikatakan memiliki wajah iras Najwa Latif, wanita itu juga mempunyai raup wajah seakan-akan penyanyi antarabangsa Miley Cyrus berdasarkan penampilan dan gaya pemakaiannya.

Inilah wajah sebenar ‘kembar’ Najwa Latif  itu.

Kisah Sebenar Gambar Kahwin Najwa Latif yang Tersebar

Kisah Sebenar Gambar Kahwin Najwa Latif yang Tersebar

Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 20, pantas meniti di bibir peminat seni tanah air selepas bakatnya dicungkil daripada laman Youtube dengan lagu Baby dari Justin Bieber.

Pada Mac 2011, Najwa telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman NAR dan single pertamanya adalah Cinta Muka Buku. 

Post a Comment

Previous Post Next Post