Padah tak nak bayar tambang teksi, remaja diwarnakan biru

Seorang remaja diwarnakan biru oleh pemandu teksi di Novokuznetsk, tengah Russia, yang berang kerana dia enggan membayar tambangnya.

Hukuman itu – digelar ‘Avatar’ sempena nama filem popular Hollywood – dilaporkan kerap dilaksanakan pemandu teksi untuk penumpang yang tidak membayar tambang.

Penumpang tak bayar tambang jadi 'Avatar'

Penumpang tak bayar tambang jadi ‘Avatar’

Remaja berusia 15 tahun itu dijejaki pemandu teksi berkenaan yang mahu menuntut bayaran dihutangnya.

Lelaki dipercayai penagih dadah itu menggunakan khidmat teksi berkenaan untuk perjalanan yang akhirnya menelan belanja £32 (RM189) kerana memandu sekitar bandar itu kononnya untuk memburu pengedar dadah.

Dia bagaimanapun melarikan diri tanpa membuat bayaran menyebabkan pemandu yang marah menjejakinya di rumah.

Apabila menemui ibu bapa remaja terbabit dia memberi mereka kata dua – sama ada membayar tambang itu atau dia akan melaporkan kepada polis.

Ibu bapa terbabit bagaimanapun enggan membayar, menyebabkan pemandu itu membawa remaja berkenaan ke kawasan hutan berhampiran dan memaksanya membuka baju sebelum melumurkan pewarna biru pada muka, kepala, dada dan lengannya.

Difahamkan kaedah hukuman dikenali sebagai ‘Avatar’ itu juga sebagai amaran kepada pemandu teksi lain mengenai penumpang yang tidak membayar tambang.

Media tempatan memetik orang tempatan berkata: “Hukuman itu perkara biasa supaya pemandu teksi lain tidak berhenti untuk orang seperti itu.

“Ia menunjukkan seseorang adalah penipu.” – AP

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post