Pukul anak di kepala guna kaki dan tangan semata beri pengajaran, bapa dipenjara 6 bulan

Seorang pesara tentera dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh mahkamah majistret, di sini,hari ini selepas mengaku salah memukul tiga anaknya.

Bapa meringkuk ke penjara kerana pukul anak

Bapa meringkuk ke penjara kerana pukul anak

Tertuduh, Amiruddin Naning Abdullah, 48, didakwa pada tiga tuduhan menyebabkan cedera terhadap anaknya yang berusia 13, 16 dan 20 tahun dengan memukul mereka di kepala menggunakan kaki dan tangan.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Padang Kala, Melor, di sini, pada jam 4 petang, 30 April lalu.

Pada tuduhan pertama, dia dihukum penjara tiga bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan, kedua, penjara tiga bulan selepas penjara pertama selesai dan denda RM2,000 atau penjara empat bulan, jika gagal jelas denda.

Tertuduh dalam rayuan peringanan hukuman memberi alasan memukul anak-anaknya bagi memberi pengajaran.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post