"Kami Pembuat Animasi Didi & Friends Kecil Hati Anda Semua Bantu 'Share' Lanun Curi Jual Hasil Kerja Kami"


Assalamualaikum, saya Sinan Ismail, Director Didi & Friends. Alhamdulillah, animasi Didi & Friends semakin popular dan semakin ramai kanak-kanak dan ibu bapa happy menyanyi, menari dan belajar bersama Didi, Jojo, Nana dan kawan-kawan. Tiada yang lebih bermakna bagi kami apabila kami mendapat feedback kanak-kanak happy! 

Terima kasih semua fans yang support kami. Tetapi, sejak kebelakangan ini terdapat banyak sangat cetak rompak. Antara medium-mediumnya adalah: 

DVD, BAJU CETAK ROMPAK & LAIN-LAIN MERCHANDISE

Medium ini sudah lama wujud. 'Kepalanya' memang lanun yang buat cetakan secara besar-besaran dan mengedarkan kepada peniaga-peniaga pasar malam, peniaga kedai, kedai dvd di seluruh negara.

CETAK ROMPAK PENDRIVE






Yang ini medium terbaru. Lanun akan mengumpulkan video dalam pendrive dan jual seperti mereka tidak bersalah. Siap tajuk dia lebih kurang seperti ini:
  • Koleksi video pendidikan
  • Lagu kanak-kanak
  • Lagu islamik
  • Movie untuk hiburan dan pembelajaran anak-anak anda

Bagus! Siap ada lagu islamik. Tetapi, mengambil hak orang dan menjualnya adalah rezeki yang haram. 

CETAK ROMPAK NEW MEDIA/SOCIAL MEDIA FB, WHATSAPP ETC

Cetak rompak jenis ini pula adalah cetak rompak secara 'tidak tahu perbuatan ini salah.' Niatnya adalah baik untuk share seperti pepatah orang putih, 'Sharing is caring;. Siap si tukang post viral tersebut happy dia 'famous' dan siap dapat berpuluh-puluh ribu 'share'. 



Tetapi, bila anda share online di Facebook, kami si pembuat video/animasi tidak mendapat apa-apa income. Adakah income itu penting untuk kami?

Untuk pengetahuan semua, team Digital Durian ada 35 kakitangan. 
  • 8 orang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak
  • Ramai yang bujang dan sedang mengumpul wang untuk kahwin
  • Ramai yang baru melangkah ke dunia pekerjaan pun ramai

35 orang ini sama-sama berusaha, memikirkan idea, membuat skrip, membuat storyboard, membuat animasi untuk mengejar dateline. Kerja time kerja, kerja sampai tak tidur malam, kerja sampai kadang-kadang terpaksa tidur di studio, kerja weekend. Ini semua adalah untuk menghasilkan animasi berkualiti untuk anak-anak kita. 

Anda tidak tahu perasaan kami apabila kami melihat cetak rompak berlaku. Pernahkah anda terfikir:
  • Team Digital Durian balik lambat. Kasihan isteri dan anak-anak
  • Team Digital Durian terpaksa mengambil risiko untuk berhutang, ambil pinjaman bank untuk membuat animasi Didi & Friends
  • Susah juga ya nak buat animasi ini

Kami terlalu sedih dan terkilan apabila kerja-kerja kami dicetak rompak. Mungkin anda tidak sedar 'share' itu salah. Kami kecil hati, kami sedih dan kadang-kadang rasa nak give up. Tetapi kami kuat kerana kami sedar apa yang kami buat adalah untuk menghiburkan dan memberi pelajaran kepada anak-anak kecil. 

Bayangkan usaha produksi kami selama 20 bulan untuk membuat 46 buah lagi diambil oleh seorang individu dan dimasukkan dalam pendrive sewenang-wenangnya. Dia jual dan apa yang kami dapat? 

Hakikatnya, kami semua perlukan gaji untuk membeli makanan, pakaian, tempat tinggal untuk diri, menyara hidup diri kami dan keluarga kami. Hati dan perasaan kami boleh dikawal untuk sentiasa berfikiran positif dan meneruskan perjuangan. 

Tetapi, kalau kami tiada duit, mungkin perjuangan kami akan terkandas begitu sahaja. Kami tidak meminta derma atau sumbangan. Kami hanya mahu anda membeli barangan original dan support kami sekadar mampu.
  • Berhentilah menjual dan membeli pendrive animasi. Itu semua duit haram.
  • Berhentilah share video Didi & Friends di Facebook. Sharelah secara terus dari laman YouTube rasmi kami. Walaupun duit hasil dari YouTube itu tidak banyak, tetapi boleh juga menanggung sebahagian dari overhead kami.
  • Belilah DVD dan merchandise yang original. Kami tahu barangan kami masih belum banyak lagi tetapi kami akan keluarkan lebih banyak official merchandise pada tahun ini. Kami juga akan keluarkan range dengan harga yang berpatutan.

Terima kasih fans, tanpa anda siapalah kami. Supportlah kami, supportlah animasi tempatan, supportlah industri kami. Kami tak nak buat 1 atau 2 season sahaja. Supportlah kami untuk membuat sehingga 10-20 season. InshaAllah.

Kepada peniaga, bayangkan produk hasil titik peluh anda dicuri dan dijual oleh orang lain. Apakah perasaan anda? Apakah rezeki si pencuri itu halal atau haram? 

Ya, orang yang berniaga cetak rompak sama seperti berniaga barang yang dicuri. Tidakkah anda tahu bahawa berniaga barangan cetak rompak adalah sama seperti mencuri?

Melalui pos ini, niat kami adalah supaya semua orang tahu:
  • Upload dan share video Didi & Friends di Facebook yang bukan diupload dari YouTube/Facebook rasmi Didi & Friends adalah sama dengan menyokong gerakan cetak rompak.
  • Cetak rompak adalah salah
  • Cetak rompak adalah duit haram
  • Cetak rompak boleh memusnahkan Didi & Friends
  • Cetak rompak boleh memusnahkan industri animasi negara
  • Cetak rompak boleh menyebabkan kami semua tiada kerja suatu hari nanti

Sekarang anda semua sudah tahu. Keputusan terletak di tangan anda. Saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau tersalah kata dalam post ini. 

Majulah animasi untuk anak-anak dan negara. 

Kepada fans dan ibu bapa yang suka Didi & Friends, sharelah post ini, viralkanlah post ini. 

Saya yang mewakili The Digital Durian Team,

Director / Co-Founder
Digital Durian | Didi & Friends


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post