Lisa dan Yusry akhirnya dedah gambar anak setelah 4 bulan sorok wajah

Empat bulan sorok wajah, akhirnya Yusry, Lisa Surihani kongsi foto anak

Selepas empat bulan enggan mendedahkan wajah anaknya kepada umum, Yusry Abd Halim dalam catatan terbarunya di Instagram hari ini memuat naik dua keping gambar yang memaparkan wajah anak perempuannya, Yahaira Leanne.

Empat bulan sorok wajah, akhirnya Yusry, Lisa Surihani kongsi foto anak

Empat bulan sorok wajah, akhirnya Yusry, Lisa Surihani kongsi foto anak

Gambar berkenaan dimuatnaik bersempena majlis aqiqah yang disifatkan ahli muzik, pelakon dan pengarah itu sebagai hari bersejarah buat diri beliau dan keluarganya.

“Saya muat naik gambar kami sekeluarga kerana semalam hari yang bersejarah untuk kami, dan hari yang penting buat Yahaira,” tulisnya di akaun @yusrykru.

Yusry dan isterinya, pelakon Lisa Surihani, sebelum ini bersetuju untuk tidak mendedahkan wajah Yahaira demi kebaikan anak mereka.

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua selebriti itu mencetuskan kritikan peminat-peminat, apabila timbulnya dakwaan kononnya mereka mahu menyorokkan anak.

 

 

Menjelaskan situasi tersebut, Yusri menerusi catatan yang sama berharap agar peminat tidak menyalahkan Lisa yang membuat keputusan itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka cuma mahukan kehidupan yang terbaik buat Yahaira agar boleh menikmati kehidupan normal dan sederhana.

“Tidak pernah ada niat di hati untuk ‘sorokkan anak’ seperti didakwa sesetengah.

“Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana,” jelasnya.

Susulan itu, Yusry berharap gambar berkenaan tidak disensasikan atau dikritik pengguna laman sosial.

“Dengan terbitnya gambar ini, Insya-Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji,” ujarnya.

Yahaira selamat dilahirkan secara normal 11.44 malam, pada 15 September lalu.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post