Presiden Filipina galak orang awam tembak dan bunuh pengedar dadah

Presiden Filipina yang dipilih menggalakkan orang awam membantunya memerangi jenayah dan menggesa rakyat yang memiliki senjata api untuk menembak dan membunuh pengedar dadah yang menentang tangkapan polis di kejiranan mereka.

Presiden Filipina galak orang awam bunuh pengedar dadah

Presiden Filipina galak orang awam bunuh pengedar dadah

Rodrigo Duterte memberitahu penyokongnya ketika meraikan kemenangan beliau lewat semalam di selatan bandar Davao bahawa rakyat Filipina yang membantunya dalam usaha memerangi jenayah akan diberi ganjaran.

“Sila hubungi kami, pihak polis, atau lakukan sendiri jika anda memiliki senjata api, saya menyokong anda,” kata Duterte dalam ucapan yang disiarkan di seluruh negara.

Beliau turut memberi amaran mengenai pembabitan polis dalam perdagangan dadah yang meluas di negara itu.

Duterte, 71 tahun memenangi pilihan raya presiden 9 Mei selepas berjanji menamatkan jenayah dan rasuah dalam tempoh enam bulan sebagai Presiden.

Polis menganggapnya sekadar retorik kempen yang mustahil untuk dicapai.

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post