Terbongkar minum 8 gelas air sehari hanya mitos yang dimainkan syarikat botol air untuk lariskan jualan

Terbongkar minum 8 gelas air sehari hanya mitos yang dimainkan syarikat botol air untuk lariskan jualan

 

Percaya atau tidak, kebanyakan fakta “makanan sihat” sebenarnya diubah suai dalam kempen pemasaran oleh syarikat korporat.

Manakala terdapat juga kajian yang dibuat secara palsu dan dibayar oleh industri supaya sesuatu makanan atau produk itu dilihat memberi kebaikan kepada pengguna, lapor The Guardian.

Di sini terdapat enam mitos makanan yang mungkin selama ini membuatkan anda salah faham:

1 Sarapan penting untuk kesihatan

Terbongkar minum 8 gelas air sehari hanya mitos yang dimainkan syarikat botol air untuk lariskan jualan

Terbongkar minum 8 gelas air sehari hanya mitos yang dimainkan syarikat botol air untuk lariskan jualan

Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan mengambil sarapan membantu mengurangkan berat badan dan membuatkan anda bertenaga, tetapi perkara ini sudah lama ditanam dalam pemikiran pengguna.

Ini semua hasil usaha syarikat gandum seperti Kellogg’s yang membiayai kajian berpengaruh yan mengaitkan bijirin sarapan dengan indeks jisim badan (BMI).

Begitu juga kajian Pusat Kecemerlangan Quaker Oats yang membiayai kajian menunjukkan pengambilan semangkuk bubur oat setiap hari boleh mengurangkan kolesterol.

Pada 1920-an, pegawai perhubungan Edward Bernays diarahkan meningkatkan pengambilan bakon di Amerika Syarikat (AS) kerana kebanyakan rakyat AS ketika itu mengambil sarapan ringan.

Beliau meyakinkan 4,500 doktor memgesahkan bahawa “sarapan berat lebih baik daripada sarapan ringkas untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang pada waktu malam”. Hasilnya, hari ini 70 peratus bakon dimakan rakyat AS pada waktu sarapan.

2 Jus oren segar baik untuk anda

Pada tahun 1908, California mengalami lebihan buah oren, namun rakyat AS tidak gemar meminum jus oren.

Amalan itu diubah oleh syarikat pengiklanan yang mencipta mesin pemerah jus murah, dan dipromosikan dengan iklan yang mendakwa kebaikan jus oren.

“Kami bertanya kepadad 3,000 doktor tentang kebaikan jus oren untuk bayi,” kata salah satu iklan oleh syarikat buah Sunkist.

Kempen itu membawa kepada peningkatan penggunaan jus oren untuk kesihatan.

3 Jangan beri kanak-kanak minuman berkafein

Anda mungkin pernah mendengar kafein membantutkan pertumbuhan namun ia tidak pernah dibuktikan.

Cerita dongeng itu pada awalnya disebarkan oleh Postum, minuman pagi bebas kafein yang dicipta lewat 1800-an.

Postum memasarkan dirinya sebagai pengganti kepada kopi dengan mendakwa kopi membantukan pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak.

4 Minum lapan gelas air sehari

Tiada masalah minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya anda tidak perlu. Kebanyakan 2.5 liter air yang diperlukan manusia diambil daripada pemakanan sehariah.

Syarikat botol air mengukuhkan lagi maklumat yang salah tentang keperluan air melalui kempen pemasaran berbaur kesihatan untuk meningkatkan penggunaan botol air.

Kini di United Kingdom, penjualan air botol 100 kali ganda lebih tinggi berbanding pada tahun 1980.

5 Makan lobak merah membantu mata

Semasa perang dunia kedua, kerajaan British terpaksa berdepan dengan lebihan bekalan lobak merah.

Melalui propaganda, ia mendakwa tentera udaranya mampu menerbangkan pesawat pada waktu malam kerana mengambil bahan kerotin yang terdapat dalam lobak merah walaupun sebenarnya itu hasil kehebatan radar.

Cerita itu kemudian tersebar dan rakyat British mengamalkan pemakanan lobak merah dengan harapan dapat melihat dengan lebih jelas dalam suasana gelap.

6 Bayam buatkan anda jadi kuat

Khabar angin tentang bayam yang mengandungi zat besi sengaja diperbesarkan.

Salahkan saintis Jerman yang cuai apabila tersilap meletakkan titik perpuluhan, dan mengatakan bayam mempunyai zat besi 10 kali ganda. Kesilapan itu kemudiannya terbongkar.

Walaupun telah dinafikan, siri kartun popular “Popeye” masih menguatkan lagi kaitan bayam dengan Vitamin A dan zat besi.

Sumber : Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post