DBKL naikkan caj parkir di KL 150 peratus berkuatkuasa hari ini dengan alasan kurangkan sesak dan galakkan orang ramai berkongsi kereta

BERKUAT kuasa hari ini, caj di ruang parkir milik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di daerah pusat perniagaan (CBD) akan meningkat sebanyak 150 peratus.

Kadar Parkir Di KL Naik Hingga 150 Peratus

Kadar Parkir Di KL Naik Hingga 150 Peratus

Kawasan yang terlibat adalah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar di mana 75 hingga 100 peratus ruang letak kereta penuh semasa waktu puncak.

Caj parkir di CBD telah dinaikkan dari 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama.

Kadar telah dinaikkan kepada RM3 untuk jam kedua dan RM3 lagi untuk jam berikutnya.

Ini bermakna, jika anda meletak kenderaan dari pukul 7.30 pagi hingga 6 petang, yang merupakan waktu operasi biasa, anda terpaksa membayar sebanyak RM32 sehari.

Caj tempat letak kereta baharu itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat mulai sekarang hingga 1 Ogos, yang akan menyaksikan peningkatan di antara 100 dan 200 peratus, bergantung kepada kawasan.

Kadar parkir dijangka akan naik menjelang bulan depan di zon luar bandar, di mana caj letak keretanya pada masa ini adalah 50 sen sejam.

Bergantung kepada zon, pengguna jalan raya akan dikenakan bayaran RM1 atau RM1.50 sejam, peningkatan masing-masing sebanyak 100 peratus dan 200 peratus.

Kawasan ini termasuklah Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak.

DBKL memiliki sejumlah 46,100 ruang letak kereta bermeter di seluruh bandar, dengan 22 peratus atau 9,914 terletak di kawasan CBD.

Bagaimanapun, tempoh parkir maksimum dua jam, seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan tidak akan dilaksanakan.

Selama empat dekad, tempat letak kereta di sekitar bandar telah disumberluarkan kepada pihak ketiga.

Tahun lepas, DBKL telah melantik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), cabang kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk menguruskan sistem letak kereta di bandar ini.

YWP memperkenalkan sistem letak kereta baru dan maju dikenali sebagai sistem CCP (City Car Park).

Di bawah perjanjian itu, YWP akan membayar 35 peratus atau RM600,000 daripada pendapatan kasar kutipan letak kereta kepada DBKL setiap bulan.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, langkah menaikkan kadar letak kereta itu tidak didorong keuntungan tetapi satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar dan menggalakkan orang ramai untuk berkongsi kereta.

“Kami mahu mengosongkan seberapa banyak tempat letak kereta di bandar dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke bandar.

“Saya tahu ia akan menjadi sangat tidak popular, tetapi ia perlu dilakukan kerana lalu lintas di Kuala Lumpur penuh sesak,” kata Amin Nordin.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

1 Comments

  1. nasib baik i selalu naik lrt. kalu gi kl, mmg mls nak bawa kete. btw, blogwalking and klik iklan. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post