Ini Gambar Ruhainies Dan Dato Red Yang Jadi Viral

Ini Gambar Ruhainies Dan Dato Red Yang Jadi Viral


Pelakon baru, Ruhainies akui keluar bersama ahli perniagaan bernama Adnan atau nama gelarannya, Datuk Red yang juga suami kepada penyanyi Adira.

Kata Ruhainies mereka pergi berjumap di Bukit Bintang bukan berdua tetapi bersama beberapa lagi yang lain.

Pelakon ini berasa kesal apabila menjadi mangsa dan mendakawa terperangkap dalam rancangan lelaki berkenaan.

Tambahnya lagi, dia tidak tahu niat sebenar Adnan (Dato red) yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi.


Ini komennya:

"Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

"Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merekamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap,"

"Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya.

"Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar, secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.

"Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain,"

"Sekali lagi saya tegaskan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.

"Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum,"


Sumber: mStar

Ini gambarnya:




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post