Kementerian Kesihatan bakal mewajibkan vaksin kepada pelajar sekolah, anda setuju? Macam dengan golongan antivaksin?

Kementerian Kesihatan bakal mewajibkan vaksin kepada pelajar sekolah, anda setuju? Macam dengan golongan antivaksin?

Kementerian Pendidikan akan mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah selepas mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan dan laporan daripada Kementerian Kesihatan berkaitan kewajipan suntikan vaksin dalam melindungi pelajar sekolah daripada wabak penyakit.

“Kita (Kementerian Pendidikan) juga akan menubuhkan satu pasukan khas yang dianggotai pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bertukar pandangan serta pendapat sebelum dibentangkan ke Kabinet.

“Saya berpendapat suntikan vaksin perlu diwajibkan tetapi kita akan ikut prosedur dan menunggu laporan lengkap Kementerian Kesihatan bagi membolehkan ia mendapat kelulusan Kabinet,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Terap di Batu 19, Kuala Nerang, di sini, tadi.

Mahdzir berkata, jika boleh beliau mahu suntikan vaksin diwajibkan tahun ini atau paling lewat awal tahun depan.

Sumber : Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post