Kesiannya..akibat terlalu lapar anggota bomba makan satu besen lebihan mee segera

Kesiannya..akibat terlalu lapar anggota bomba makan satu besen lebihan mee segera

Kesiannya..akibat terlalu lapar anggota bomba makan satu besen lebihan mee segera

SEBAGAI anggota dalam pasukan penyelamat, pastinya beban kerja dan tugas yang perlu dilaksanakan dalam memenuhi tanggungjawab kepada orang ramai boleh menyebabkan mereka keletihan dan berada dalam keadaan kelaparan yang ‘amat sangat’, tambahan pula apabila terpaksa bertugas dalam jangka waktu yang panjang.

Maka, tidak hairanlah kelakuan seorang anggota bomba di China yang tiba-tiba popular di laman sosial negara itu baru-baru ini selepas gambar menunjukkan dia memakan satu besen mi segera tersebar di internet.

Menurut laporan portal NetEase, anggota bomba berkenaan, Bu Wenning dan rakan-rakannya dikatakan telah menjalani latihan tanpa henti selama dua hari dan kembali semua ke balai pada awal pagi.

Dek kerana terlalu lapar, mereka bergegas ke kantin untuk mengisi perut masing-masing, yang mana ketika itu hanya mi segera dihidangkan.

Segelintir anggota bomba tidak menghabiskan hidangan mereka dan meninggalkan lebihan makanan tersebut.

Bu, yang masih lagi kelaparan mengambil keputusan untuk mengumpul kesemua lebihan mi segera itu dan meletakkan di dalam sebuah besen, sebelum dia terus menikmati hidangan tersebut.

Terkejut dengan tindakan Bu, rakan-rakannya yang melihat ‘kerakusan’ luar biasa Bu menikmati mi segera itu bertindak merakam gambar menggunakan telefon bimbit dan memuat naik foto-foto tersebut dalam talian.

Sementara Bu, ketika ditanya mengapa dia mempunyai selesa makan yang ‘besar’ menjelaskan bahawa beban kerja dan latihan yang banyak menyebabkan dia berasa keletihan.

Jelasnya, hanya dengan menikmati makanan dalan kuantiti yang banyak boleh memastikan dia kembali bertenaga.

Sumber : Malaysian Digest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post