Kurang ajar! Pembekap Najib guna nama dan gambar orang-orang dah meninggal untuk komen di page Najib

Apabila sahabat baik kita meninggal dunia, kita boleh merasakan sebahagian kehidupan kita pergi bersamanya. Buat Satish Ganesh, kisah persahabatannya bersama kawan baik yang telah meninggal dunia dipanggil Ameen pernah menjadi viral. Jadi apakah perasaan beliau apabila mendapati ada akaun Facebook palsu yang menggunakan gambar kawan baiknya itu?

respctmypm

Akaun palsu tersebut menggunakan gambar Ameen tetapi menggunakan nama Mohd Faidatullah. Tulis Satish dalam akaun Facebooknya:

Apalah punya perangai manusia ni, kisah aku dengan arwah Ameen pernah viral 1 Malaysia, tapi still ada laknat-laknat yang berperangai sebegini rupa.

Aku tak pedulilah dengan politik korang! Tolong respect sikit agama tu! jangan nama pada Islam! Orang tu dah arwah dan kaw still berani pakai gambar orang tu yang mendedahkan aurat! Manalah hati perut korang weyh!

Respect sikit family arwah, respect sikit agama tu, respect sikit kat diri sendiri! Sahabat-sahabat handai mohon anda viralkan isu ini. Ini tersangat lah biadap!

Jangan lah weyh, jangan buat macam ni punya perangai, aku sungguh benci perangai babi macam ni! MOHON VIRALKAN!


Sekitar setahun lepas, kisah persahabatan tanpa prejudis antara Satish dan Ameen telah menjadi viral kerana ia ialah persahabatan yang tidak mengira warna kulit, agama dan bangsa. Menurut Satish, Ameen telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
satish-collage1

Tidur dengan nyenyak ya. Aku sangat merindui dirimu, rindu nak dengar suaramu! Seorang kawan yang sejati seperti dirimu amat sukar ditemui, Ameen, aku tak sangka kau pergi dulu, Meen. Tapi aku ingat lagi bila ada orang tanya kat kau, kenapa tak pilih kaum sendiri untuk berniaga, dan kau jawab, “bang, dia ni yang terbaik bang, hidup mati saya dengan dia.”

Dan bila kita merancang sesuatu, mesti kau akan libatkan aku, dan kau nak aku ada dalam semua group Whatsapp yang kau ada. Apa-apa kita buat mesti sama-sama kan, Meen? Nak beli kasut sama, baju sama, makan pun makan benda yang sama, indahnya Meen. Hari-hari kita bersama, dan aku ingat lagi, kau cakap dengan aku kau harap tahun ini jadi tahun yg terbaik untuk kita. Tapi kau pergi dulu, kan? Tapi tak apa, Meen. Aku tahu di sebalik semua ni ada hikmah.

Tuhan nak tunjuk something kat, kita Meen. Walau kau tak ada kat sisi, tapi kau sentiasa di hati meen. Apa-apa yang aku buat, aku akan fikir kau, baik buruk, dan semua nasihat kau bagi aku selama ni, akan terpahat dalam hati ni, Meen. Rindunya Meen dengan senyuman kau! Meen, aku janji Meen, aku akan cuba sedaya upaya untuk jaga semua orang yang kau sayang, keluarga dan kawan-kawan. Walaupun aku tak boleh ganti tempat kau, aku buat yang terbaik untuk mereka, Meen. Kau tengok-tengoklah aku meen ekh, apa yang kita mulakan jangan risau, Meen. Akan ku teruskan perjuangan, itu perjuangan kita yang kata nak berjaya, aku yakin aku boleh, Meen!

Kini aku boleh terima hakikat yang kau sudah tiada bersama kami, tetapi sayang, aku belum cukup kuat lagi untuk lalui rintangan-rintangan yang sedang aku lalui, berat bila aku lalui seorang diri. Semoga kau tenang disana, dan semoga kau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Akaun palsu yang menggunakan nama Mohd Faidatullah itu menulis komen di laman Facebook Perdana Menteri (PM) Malaysia dengan memberi sokongan kepada PM menggunakan hashtag #respectmyPM

31
Apa yang menarik,  satu laman media baru-baru ini turut mendedahkan bahawa seorang lagi pengguna Facebook mendakwa satu akaun menulis komen seperti itu di laman Facebook PM, juga menggunakan gambar kawannya yang telah meninggal dunia tiga tahun lepas.

2

Ini ialah sesuatu yang sangat tidak sensitif. Mengapa pula menggunakan gambar orang yang telah meninggal dunia untuk komen di laman sosial?

Semoga mereka yang berbuat demikian berhenti melakukan perbuatan tersebut. Ingatlah, kalau bukan orang lain menggunakan gambar ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia untuk komen di laman sosial suatu hari nanti, mungkin gambar anda pula digunakan jika meninggal dunia.

Iyalah, kematian itu pasti, yang tak pasti ialah bila. Siapa tahu jika esok?

Sumber: Satish Ganesh

Sumber: amazingnara.com



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post