Masjidil Haram kutuk serangan pengganas berhampiran Masjid Nabawi

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan kejadian pengeboman berhampiran Masjid Nabawi berlaku sebaik sahaja pihak keselamatan meragui beberapa individu yang ingin bergerak menuju ke kawasan masjid melalui kawasan lapang tempat letak kereta.

Berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan individu terbabit sehingga suspek meletupkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang yang dililit bahan letupan sehingga membunuh dirinya sendiri, manakala 4 orang anggota keselamatan terkorban dan 5 lagi mengalami kecederaan.

Masjidil Haram kutuk serangan pengganas berhampiran Masjid Nabawi

Masjidil Haram kutuk serangan pengganas berhampiran Masjid Nabawi

Pihak pengurusan Masjidil Haram (dan Masjid Nabawi) melalui Naib Pengerusinya, Dr. Muhammad Naasir Al-Khaziim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terorisme yang dilakukan pengganas tidak kira apa sahaja latar belakang kewarganegaraan dan ideologi mereka dalam kejadian letupan yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah.

Tindakan yang jelas tidak menghormati kesucian tempat, waktu dan jiwa ini adalah sesuatu yang wajib diingkari. Pihak Pengurusan Masjidil Haram juga menyeru agar masyarakat berganding bahu dalam menghadapi puak pelampau dan perosak yang mengancam agama dan negara.

Komentar: Semoga Allah merahmati anggota keselamatan yang terkorban. Semoga Allah menjaga kedua-dua Tanah Haram dan semua negara kaum Muslimin daripada ancaman pengganas Khawarij Daesh.

Dipetik dari FB Ustaz Muhammad Fashan

Credit: Abu Aqif Al Aman

 

 

 

Via : Mynewshub



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post