“Melayu paling ramai pinjam duit along” – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Mereka yang terlibat terdiri daripada individu kenamaan dan juga penjawat awam.

Peminjam berbangsa Melayu merupakan golongan paling banyak berurusan dengan ceti haram atau “along”, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Aktivisnya, Datuk Datuk Nadzim Johan berkata, daripada 10,000 kes mangsa along yang berjaya diselesaikan PPIM, 70% daripadanya adalah Malayu.

"Melayu paling ramai pinjam duit along" - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

“Melayu paling ramai pinjam duit along” – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Katanya, mereka yang terpedaya dengan membuat pinjaman along dan dikenakan bayaran faedah terlalu tinggi turut terdiri daripada golongan bergelar “Datuk” serta penjawat awam.

“Sehingga hari ini PPIM berjaya selesaikan lebih 10,000 mangsa along yang dikenakan caj kadar faedah yang tinggi dalam tempoh lima tahun.

“Daripada jumlah itu, 70% daripadanya adalah golongan Melayu, 15% Cina dan 15% India, tetapi pinjaman yang dibuat individu Melayu dalam kuantiti yang sedikit hanyalah ribu-ribu sahaja.

“Sebab mereka buat pinjaman ini antaranya pembayaran daripada perniagaan lambat, ingin memulakan perniagaan, terpedaya dengan pujuk rayu along,” katanya kepada FMT.

Jelasnya, antara kes paling besar PPIM selesaikan membabitkan pinjaman sebanyak RM15 juta.

Nadzim dalam masa sama turut menafikan kononnya PPIM menggunakan khidmat “gangster” bagi menyelesaikan kes.

Sebaliknya, PPIM menggunakan kaedah psikologi serta memujuk along melalui teknik bersemuka bagi memastikan ketua ceti haram terbabit mengurangkan kadar faedah yang dikenakan secara melampau kepada mangsa.

“Kita ada guna mentera, kata kunci untuk memujuk dan berdepan dengan along, sebenarnya along ini penakut, dia tidak ada lesen malah mereka itu lebih penakut daripada kita tapi sebab kita takut dia jadi berani.

“Kita jangan sesekali takut pada along. Dia macam anjing, kalau kita lari, tak cukup padang nak lari,” kata Nadzim.

Katanya, PPIM jarang menggunakan bantuan polis atau pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes.

“Malah kita sendiri menggunakan kaedah kita melibatkan kakitangan PPIM sahaja yang diberi latihan yang khusus bagaimana untuk berdepan dengan along.

“Cara kita menyelesaikan kes juga dengan meminta mangsa membayar kembali hutang kepada along mengikut kaedah yang ditetapkan pihak kerajaan, sebagai contoh, sekiranya mangsa berhutang RM10,000, kerajaan benarkan kadar faedah 18%, maknanya dia kena bayar jumlah keseluruhan RM11,800,” katanya.

Nadzim menggesa rakyat negara itu tidak terpedaya dengan pujuk rayu along kerana kumpulan tersebut merupakan “penipu besar”.

Sumber : FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

2 Comments

  1. habis tu bank banyak songeh, nak pinjam rm 13,000 pun banyak nak isi borang dan syaratnya.

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda perlu kenalan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada wang tambahan - dari tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kita juga boleh membeli anda sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post