Pendedahan mengejutkan seorang jurugambar tentang Disney World di Amerika Syarikat, keadannya sekarang sangat…

SETIAP kali munculnya perkataan ‘Disney World’, apa yang mampu terbayang dek akal hanyalah keseronokan di taman tema sepanjang hari.

Tetapi tahukah kita wujud sebuah taman tema air Disney World yang telah ditinggalkan sejak 15 tahun yang lalu?

Terletak di Florida, Amerika Syarikat, taman tema air ini menjadi terkenal sejak ia dibuka pada 1975.

Pendedahan mengejutkan seorang jurugambar tentang Disney World di Amerika Syarikat, keadannya sekarang sangat...

Pendedahan mengejutkan seorang jurugambar tentang Disney World di Amerika Syarikat, keadannya sekarang sangat…

Bagaimanapun ia dihentikan operasi pada 2001 atas alasan baik pulih dan penyelenggaraan, bagaimanapun operasi tidak disambung semula sehingga kini.

Mengulas sejarah Disney World Park yang terletak di tasik Bay Lake ini, taman tema air tersebut sentiasa menjadi pilihan bagi kanak-kanak dan dewasa untuk menghabiskan waktu lapang di hujung minggu.

Taman tersebut merupakan destinasi terkenal sehinggalah pada 1980, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat parasit air yang menjangkiti otak dan menyebabkan dia meninggal dunia.

Terbiar selama 15 tahun, tak siapa tahu bagaimana keadaan taman tema tersebut sehinggalah seorang jurugambar bebas Seph Lawless, menyelusup masuk dan merakamkan gambar di taman tema air yang terbiar itu.

Apa yang didedahkan oleh Lawless mendapat reaksi dan perhatian daripada pelbagai pihak.

Kebanyakannya menzahirkan rasa terkejut dengan keadaan yang berlaku pada taman tema air itu.

Antara yang sempat dirakam lensa Lawless termasuk kolam air kanak-kanak yang kelihatan luar biasa menyeramkan, serta gelungsur air yang kelihatan usang dan suram.

Lawless juga mendakwa sempat menemuramah pekerja yang menguruskan tasik Bay Lake, yang mana mendakwa air di tasik tersebut telah tercemar sejak sekian lama.

Tasik itu juga didakwa tidak selamat untuk aktiviti renang dan memancing memandangkan ekosistem yang telah tercemar.

“Saya agak kesal dengan tindakan pihak Disney yang meninggalkan taman tersebut dalam keadaan kotor dan terbiar. Sekurang-kurangnya mereka patut membersihkan atau melupuskan taman tersebut.

“Melihat keadaaan taman tema air yang dulunya begitu ceria dan kini bertukar suram adalah amat menyedihkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan Daily.co.uk pada Mac lalu.

Lawless dikenakan perintah larangan oleh syarikat Disney sebaik sahaja foto tersebut didedahkan kepada umum.

Taman tema air itu kekal terbiar sehingga kini.

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post