“Terhakis budaya yang dirosakkan oleh generasi muda dan pereka yang memperkenalkan pakaian kurta di hari yang mulia” – Jaafar Onn melenting pemakaian kurta diagungkan

BAGI tahun ini, fesyen kurta mendapat perhatian masyarakat Malaysia sehinggakan ramai pereka tempatan ‘melahirkan’ pelbagai jenis rekaan kurta untuk digayakan pada hari lebaran nanti.

Melihatkan trend ini yang semakin mendapat perhatian ramai, selebriti tempatan Jaafar Onn (JO) tampil meluahkan pandangannya berkaitan pemakaian kurta pada sambutan hari lebaran.

Jaafar Onn Melenting Pemakaian Kurta Diagung-Agungkan

Menurut JO, pemakaian kurta asalnya adalah budaya masyarakat India yang berasal dari rantau Asia Selatan serta untuk mereka yang tidak gemar bergaya dengan memakai samping dan songkok.

Jaafar Onn Melenting Pemakaian Kurta Diagung-Agungkan

“Jangan hancurkan baju Melayu tradisional yang lengkap dengan samping dan songkok… Sudahlah pakai jeans ketat dan tidak bersongkok… Lama-kelamaan terhakis budaya yang dirosakkan oleh generasi muda dan pereka yang memperkenalkan pakaian kurta di hari yang mulia,” luahnya.

Jaafar Onn Melenting Pemakaian Kurta Diagung-Agungkan

Jaafar Onn Melenting Pemakaian Kurta Diagung-Agungkan

Tambah JO lagi, dia makin meluat apabila melihat anak muda atau generasi zaman sekarang yang mengenakan baju Melayu dan bersamping tetapi tidak memakai songkok, konon-kononnya hendak menunjuk gaya rambut.

“Bagi mereka yang pakai baju Melayu tapi tak pakai songkok… satu lagi.. membuat saya meluat konon nak tunjuk rambut… tapi ini merosak budaya,” tulisnya.

Kurta yang bermaksud baju tanpa kolar dalam bahasa Urdu manakala untuk wanita pula disebut kurti sebenarnya merupakan pakaian tradisional penduduk Pakistan, India dan Bangladesh selain popular di Sri Lanka.

Ia lazim dipakai bersama-sama dengan kain dhoti, paijama, shalwar, lungi atau seluar jean. Rekaan kurta hampir sama dengan pakaian dikenali sebagai perahan di Afghanistan, phiran di Khasmir atau daura di Nepal.

Bagaimanapun, apa yang disuarakan oleh JO itu adalah pendapatnya sahaja, tidak mahu pakaian tradisional orang Melayu hilang begitu sahaja dan dilupakan.

Namun setiap individu berhak untuk memilih jenis pakaian yang hendak digayakan pada hari lebaran itu nanti, asalkan pakaian tradisional masih utuh di dalam hati setiap orang.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post