Video gadis berjaya jilat siku, telinga, hidung dan mata sendiri

Menjilat siku sendiri adalah perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh setiap manusia.

Namun begitu, bagi Gerkary Bracho, menjilat sikut dan telinga sendiri bukannya sesuatu yang mustahil memandangkan dia mempunyai lidah yang panjang serta unik.

Gadis miliki lidah panjang, unik

Gadis miliki lidah panjang, unik

Selain itu, gadis kelahiran Venezuela ini juga turut memuat naik video di laman YouTube bagi menunjukkan kebolehan unik yang dimilikinya itu kepada pengguna di laman sosial berkenaan.

Menerusi video tersebut, Brancho telah memanjangkan lidahnya sambil menunjukkan kebolehan menjilat telinga, siku serta hidung sendiri dengan menggunakan lidahnya sendiri.

Dalam video terbabit juga, Brancho turut menarik keluar lidahnya yang kelihatan seperti elastik sepanjang mungkin dengan menggunakan tangan.

Buat masa ini, Brancho masih belum mengesahkan panjang sebenar lidahnya tersebut bagi membolehkan dia memegang rekod dunia.

Guinness World Record bagi kategori lidah terpanjang kini dipegang oleh Nick Stoeberl, 26, yang berasal dari California, Amerika Syarikat.

Panjang lidahnya adalah sekitar 3.97 inci dan ia disahkan di Salinas, California pada 27 November 2012.- Daily Mail

 

Sumber: Sinar Harian

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post