Video: “Malam karang saya belanja kfc untuk awak semua” – Reaksi spontan Sultan Johor jumpa pelajar tepi pantai bikin ramai terharu

Video: "Malam karang saya belanja kfc untuk awak semua" - Reaksi spontan Sultan Johor jumpa pelajar tepi pantai bikin ramai terharu

Video: “Malam karang saya belanja kfc untuk awak semua” – Reaksi spontan Sultan Johor jumpa pelajar tepi pantai bikin ramai terharu

Alangkah gembiranya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, apabila mereka terjumpa kelibat orang yang paling disayangi di negeri berkenaan iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mereka yang bersiar-siar di tepi pantai tidak menyangka akan berjumpa dengan Baginda Sultan di mana pelajar-pelajar berkenaan mengikuti aktiviti kem motivasi di Kem Pusat Kemecerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing yang tidak jauh dari Istana Sri Mersing milik Sultan Ibrahim.

Mereka yang melihat Baginda yang memandu Land Rover berwarna oren telah melambai-lambai tangan dan mendekati Tuanku.

“Makan sedap tak semua,” tanya Tuanku Sultan kepada mereka.

“Belum makan lagi, lapar,” jawab pelajar-pelajar berkenaan.

“Ala kesiannya, nak saya belanja makan, nanti saya hantar KFC,” bagitahu baginda membuatkan pelajar-pelajar berkenaan melonjak gembira.

Kelihatan ada pelajar yang mencium tangan Baginda sebagai tanda terima kasih dan hormat kepada pemimpin nombor satu Johor berkenaan.

 

 

Ternyata sifat baginda yang begitu merendah diri sebagai seorang pemimpin mendapat pujian ramai rakyat termasuk bukan dari kalangan rakyat negeri Johor.

Sumber : Siakapkeli.my

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post