Amaran Ibu hamil anak lelaki guna botol plastik BPA bakal dapat anak murung, payah bergaul dan sukar berjaya dalam pelajaran

Kanak-kanak lelaki yang terkena pencemaran kimia plastik, ketika masih janin, mudah mengalami keresahan dan kemurungan pada usia awal remaja.

Mereka yang dicemari bisfenol A (BPA), bahan untuk membuat plastik dan resin epoksi, sukar memberikan tumpuan, payah bergaul dan sukar berjaya dalam pelajaran di sekolah.

Kajian: Kimia plastik rosakkan otak, budak lelaki sukar berjaya di sekolah

Kajian: Kimia plastik rosakkan otak, budak lelaki sukar berjaya di sekolah

Kajian: Kimia plastik rosakkan otak, budak lelaki sukar berjaya di sekolah

Kajian terbaru Universiti Columbia di sini menunjukkan budak lelaki yang paling banyak terkena kesan kimia itu paling berisiko mengalami masalah psikologi itu pada usia 10 hingga 12 tahun.

Kajian lain sebelum ini, pada Mei, mendapati pencemaran BPA dalam rahim menambah risiko seseorang menjadi gemuk berlebihan atau obesiti, lapor AFP semalam.

 

 

Universiti itu meneliti 241 wanita hamil dan anak-anak mereka yang berusia tiga, lima dan 10 hingga 12 tahun. Ujian air kencing mereka dibuat bagi menentukan kandungan kimia tersebut.

Di hujung tempoh ujian itu, penyelidik menjalankan pula ujian psikologi terhadap kanak-kanak dan mewawancara mereka untuk menilai tahap keresahan dan kemurungan.

Budak yang banyak terdedah pencemaran BPA, ketika dalam kandungan, lebih mudah resah dan murung berbanding kanak-kanak yang terkena sedikit kimia tersebut.

Namun, kanak-kanak perempuan tidak mengalami masalah yang sama.

Kajian itu, diterbitkan dalam jurnal Environmental Research edisi November, menyatakan otak janin lelaki lebih mudah dirosakkan oleh BPA berbanding otak perempuan.

 

 

Bisfenol A, atau bisphenol A, digunakan antaranya untuk membuat botol air, peralatan sukan, cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD).

Sementara resin epoksi yang mengandungi BPA digunakan sebagai saluran paip, penyalut di dalam bekas makanan dan minuman serta kertas thermal (seperti resit barangan).

Untuk mengurang risiko BPA, pakar menyarankan agar elak menggunakan bekas plastik jenis 3 dan 7 (seperti pada label bahan untuk kitar semula) dan jangan mengambil makanan dalam tin.

Selain mengambil makanan segar atau sejuk beku, gunalah bekas penyimpan yang diperbuat daripada kaca, tembikar atau keluli, khususnya bagi makanan atau cecair panas.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post