Beregu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dapat rumah bernilai RM1 juta

Beregu lelaki badminton negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menjadi atlet Olimpik negara paling beruntung setakat ini apabila masing-masing bakal mendapat habuan bernilai lebih RM1 juta berupa sebuah rumah daripada penaja mereka JL99 Group kerana kejayaan meraih pingat perak Sukan Olimpik 2016.

Rumah mewah berkenaan terletak di Lakepark Residence, Pusat Bandar Utara di pinggir ibu negara.

 

Wow, untungnya Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dapat rumah bernilai lebih RM1 juta!

Wow, untungnya Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dapat rumah bernilai lebih RM1 juta!

 

Berita tersebut disampaikan oleh Pengerusi JL99 Group, Datuk Seri Jeff Lee menerusi akaun Facebook syarikat pemaju perumahan itu semalam.

“JL99 Group ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Wee Kiong dan Goh V Shem atas kejayaan menang pingat perak dalam perlawanan akhir badminton beregu lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016.

“JL99 Group akan menghadiahkan dua unit Lakepark Residence berharga lebih RM1 juta kepada Tan Wee Kiong dan Goh V Shem sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan mereka.

“Kami amat bangga menjadi salah satu daripada penaja anda. Tahniah,” kata Jeff Lee dalam akaun Facebook syarikat tersebut.

V Shem-Wee Kiong kalah 21-16, 11-21, 21-23 kepada Fu Haifeng-Zhang Nan dari China dalam perlawanan akhir acara beregu lelaki di Rio Centro-Pavilion, Rio de Janeiro kelmarin.

Selain mendapat ganjaran rumah daripada penaja mereka JL99 Group, dua pemain badminton negara itu juga layak berkongsi ganjaran RM300,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai hadiah di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik.

V Shem dan Wee Kiong juga bakal memandu pulang kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium sumbangan DRB-Hicom atas kecemerlangan mereka di Rio.

Pada Jumaat lalu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom dan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 akan menerima Perdana 2.0L manakala Suprima S 1.6L Turbo Premium bagi pingat perak dan Iriz 1.6 L Premium pula untuk pemenang pingat gangsa.

Sumber: Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post